B A B 48

142 4 0
                                    


Damia bersandar pada kerusi pejabatnya. Dia memikirkan hal yang kemarin dimana Aisyila mengatakan yang dia dalang di sebalik kejadian majlis perkhawinan Puteri Geisha.

Tapi lain pula yang dia dengar di belah pihak Aiman dan Ujan, bukan kah mereka mengatakan Kalil merupakan orang kanan Raja Luth yang juga merupakan orang yang telah merancang semua nya.

Ada sesuatu yang mereka bohongi.

Nombor telefon Julia dicari lalu didail. Hanya gadis itu saja yang tahu tentang kekeliruan ini.

"Datang pejabat aku, boleh tak" telefon diletak semula selepas gadis itu setuju.

Yeen memasuki pejabatnya dengan seorang pelatih, Nelly. Gadis itu masih sama mengikuti arahan jurulatih Laila yang sering memaksanya.

"Ni Nelly" Damia angguk.

"Ada apa jurulatih Ky nak jumpa?" Nelly bersikap biasa sedangkan hatinya berdebar setiap kali bertembung dengan CEO sebenar DC Entertainment.

Sebuah sampul surat diletak atas meja berhadapan Nelly. Yeen yang juga tidak tahu apa-apa sibuk ingin tahu.

"Dah lama kau jadi pelatih Laila, surat ni merupakan hak penukaran ahli. Baca lah".

Nelly membuka smapil surat itu sebelum bibir tersenyum sedikit. Dia gembira tapi pada masa yang sama dia takutkan Laila.

Surat itu digenggam, fikirannya celaru.

Dia ingin saja menjadi pelatih dibawah jurulatih Ky sendiri. Tapi ancaman dan ugutan Laila buat dia berdua hati.

"Kau takut?" suara Yeen.

"Jangan takut, dia bukan lah yang berkuasa di syarikat ini. Kau kena bersyukur jurulatih Ky sudah membuat penukaran ahli terhadap nama kau" tangan Nelly digenggam.

'klak.

Pintu pejabat yang dibuka kasar itu buat ketiga-tiganya berpaling, jurulatih Laila dengan riak yang marah tanpa aba-aba menarik Nelly untuk berdiri.

Yeen segera menahan.

"Lepas tangan dia" ujar Yeen.

Perempuan ni tak boleh dilayan sangat, mesti dilawan. Asyik naik hidung saja mengalahkan Damia sang pemilik syarikat ini.

"Jangan ugut dia, Laila. She's sick" marah Yeen, tubuh Nelly didekatkan padanya bila berjaya dilepaskan.

Laila pandang Yeen tajam sebelum pandang Damia yang diam. Sampuj surat yang tadi ingin dicapai tapi tangan Damia lincah terlebih dahulu.

"Kau tak boleh buat apa dah, she's mine now. Laila, sudahlah ini lah masanya untuk dia bebas dengan ajaran kau yang melebih had masa, dia pun perlukan rehat macam yang lain" intonasi nada cuba ditahan.

"Nelly, cakap dengan mereka yang kau taknak" Laila Masih mengurut gadis itu.

Nelly diam, kalau boleh dia ingin menjadi perempuan yang kuat tetapi tak boleh dia masih lemah.

"Apa salah Nelly pada kau ha" bengang pula Yeen dibuatnya.

"Dia adik ipar aku lah" Nelly memejamkan mata nya mendengar jerkahan Laila.

Yeen dan Damia saling berpandangan, sejak bila Laila jadi kakak ipar si Nelly ni. Sedangkan biodata Nelly menyatakan yang Nelly merupakan anak sulung dari tiga adik beradik.

"Dia tipu" Nelly bersuara.

Laila mengetap gigi geram, dirinya ingin menarik gadis itu semula tetapi ada satu tangan yang menahan. Damia mencengkam pergelangan ya.

"Perempuan tak tahu malu" Damia mencebik.

"Kami mendiamkan masalah ni bukan disebabkan hormatkan kau tapi kami ada sebab. Dan sekarang pihak berkuasa sudah mengeluarkan hak penukaran Nelly pada aku Dan kau tolong berhenti dan mempunyai niat untuk rampas dia kembali. Kami ada bukti yang kau mendera seorang pelatih"

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now