B A B 31

121 5 0
                                    


Sudah seminggu berlalu, kehidupan dua pasangan itu juga baik-baik sahaja tanpa gangguan. Dan hari ini hari terakhir Uzair bertugas sebagai pensyarah di kolejnya. Walaupun Damia juga diminta untuk berhenti belajar tetapi gadis itu membantah memandangkan semester pertama dah nak selesai.

Damia mengikat rambutnya bersedia untuk berperang di dapur ingin menyiapkan makanan buat suaminya tika pulang nanti. Sudah lama dia tidak memasak, entah sedap atau tak.

"Damia" sebuah senyuman dia berikan kepada Encik Awangku yang melabuhkan punggung di island table.

Encik Awangku menumpang rumah mereka kerana rumah agam yang dahulu tengah diubah suai atas arahan Damia sendiri. Barang-barang Puan Kharisa akan dikeluarkan dari rumah itu.

Tinggal menanti wanita itu menandatangani surat penceraian sahaja.

"Ayah nak ke mana?" nampak kemas sahaja lelaki paruh baya itu bersiap.

"Ayah nak tengok proses ubahsuai rumah arwah ibunda kamu tu dulu" ujar Encik Awangku.

"Owh, tak makan dulu ke. Tapi Mia belum masak lagi lah" sedikit kecewa nada nya.

Encik Awangku tergelak "Takpe lah nanti ayah makan kat luar, kamu masak untuk suami kamu dulu. Dia kan tak pernah rasa masakan kamu".

"Amboi ayah kutuk Mia eh? Lagipun aku masak banyak boleh sampai malam ni" cemberut sahaja Damia.

Mentang-mentang lah dia ni jarang masak dan tak pernah masakkan buat suaminya, ish malas nak layan.

"Maybe, ayah pergi dulu".

Dia kembali menyambung kerja yang tergendala. Segala bahan masakan disediakan dan fokus dengan proses memasaknya.

Ayam goreng!

Ketam masak butter!

Kata ummi, Uzair ni cerewet bab makanan tetapi kalau ketam memang sah jejaka itu lah orang pertama yang habiskan.

Beberapa jam berperang di dapur, Dia menghidangkan juadah itu ke atas meja sebelum ditutup dmegan tudung saji. Keluhan lemah dilepaskan, penat.

Ianya demi suami!

"Cik puan Evelyn" dia berpaling ke belakang, pengawal yang dipanggil Dafa itu menunduk hormat.

"Kenapa Dafa?".

"Kawan-kawan cik puan datang" ujar Dafa.

"Suruh mereka masuk, macam tak biasa" sedikit berkerut keningnya.

Dah kenapa tak main terjah je rumah nya. Bukan selalunya main masuk je ke.

"Tapi cik puan, mereka kata mereka nak cik puan keluar dulu" ujar Dafa lagi.

"Kenapa pula?".

Dafa menggeleng tidak tahu. Dia dan rakan bertugas pun merasa pelik dnegan tingkah kawan-kawan tuan puteri mereka.

"Dafa, kamu boleh bawa rakan kamu yang lain untuk makan" arah Damia sambil menuding ke satu tempat dimana beberapa bekas diisikan lauk pauk disimpan.

"Baiklah".

Dia melangkah mendekati pintu rumah, keriuhan dan suara-suara berbual dari ahlinya jelas kedengaran.

"Ada apa ni?".

"Takde apa-apa, saje" ternganga Damia dibuatnya bila mendengar ujaran Ivan.

"Serius lah, bodoh" bukan Damia kalau tak menghempuk kepala Ivan.

"Ish kami nak balik kampung Idlan esok. Kau taknak ikut ke?" ujar Jay kali ini.

"Nek Ca yang suruh kami ikut Id sebab ada kenduri khawin sepupu dia. Idlan pun on je" smabung Ivan pula dengan membuka kasut sneakers nya lalu diletakkan ke dalam rak kasut.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now