__________Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Asad menggeliat kegelian apabila kasut but tentera nya dikotori dengan muntah daripada Raiz.
"Sumpah doh aku geli tentang tadi, bau hanyir" Raiz mengelap bibirnya.
"Bersihkan ini" tegang suara Asad mengarah.
Dia bayar mahal kot kasut tentera itu.
"Oi kau ingat kat hutan ni ada air ke hanat" Raiz pun sama tidak ingin mengalah.
"Dah daripada korang memekak baik kita cari tempat untuk berteduh dan air untuk kasut dia ni" Haqim meleraikan pertengkaran biasa itu.
"Aku lapar lah Qim" Rauf memegang perutnya yang minta diisi.
"Itu lah sebabnya kita perlu cari tempat dan sumber makanan, faham tak?" ujar Haqim.
Budak Rauf ni tak faham bahasa ke apa? Nak dia berbicara dalam bahasa thailand ke?
Asad membuka kasut butnya dan menyuruh si pesalah untuk membawa di sepanjang perjalanan mereka. Dia hanya memakai stoking sahaja.
Rauf memerhati Asad yang mengarahkan Raiz untuk membersihkan kasut but milik lelaki itu, mereka berjaya menemui air sungai dan sedikit sumber makanan tumbuhan.
Malam pun sudah menjelang, sinaran bulan menerangi tempat mereka. Rauf mengeluh lemah. Haqim yang sudah lena kerana merasa lelah diperhati sejenak.
Mereka meninggalkan telefon dan barang peribadi di pangkalan, agak sukar untuk mereka berhubumg antara satu sama lain.
"Asad, macam mana kita nak cari mereka ni? Kamal, Uzair dan Hanz?" ujar Rauf.
"Kalau ada peralatan yang boleh menunjukkan jalan kita pasti boleh jumpa jalan keluar" ujar Asad, fokus nya hanya pada si Raiz yang membersihkan kasutnya.
"Arh shit, Haqim ada kompas" baru dia teringat yang Haqim membawa kompas itu.
"Bangun kan dia, kita kena bergerak kejap lagi".
Kali ini Asad mengetuai mereka memandnag Uzair tiada.
"Haqim kaki palau, bangun!".
Di sebuah pangkalan pihak musuh terdapat sebuah tempat kurungan bagi sesiapa yang berani masuk campur urusan mereka.
Di situlah tempat Hanz, Kamal dan pilot mereka iaitu Hasan. Mereka mendarat di kawasan yang dekat dengan pangkalan musuh yang membuatkan mereka berjaya ditangkap.
Hanz tidak henti memaki hamun tentera-tentera pihak musuh. Tadi sempat juga terjadi pergelutan antara mereka tetapi memandangkan tenaga mereka lemah akibat kejadian kapal udara itu mereka tidak bermaya meneruskan lawan.
"Kamu bertiga ni dari kerajaan Alaska?" tegur seorang banduan.
Kamal mengangguk membalas pertanyaan itu.
Termasuk mereka bertiga ada empat orang lagi banduan yang ditangkap atas sebab mereka pun tidak tahu.
"Kita ada harapan, kita ada tentera terkuat untuk keluarkan kita" ujar orang itu.
Kamal mengerutkan kening, terkuat? Ada salah dalam ujaran orang itu. Mereka tak sekuat mana buktinya mereka juga gagal melepaskan diri dari kurungan ini.
"Tentera-tentera kerajaan Alaska mempunyai anggota tentera yang kuat. Dahulu, mereka berjaya menewaskan bilangan tentera pihak musuh tanpa sebarang senjata" entah pujian atau ejekan yang Kamal rasakan saat ini.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Fiksi Remaja|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...