B A B 58

40 1 0
                                    


"Raja Firhad tertembak"

Satu ayat yang keluar dari suara Uzair mengejutkan mereka yang lain, riak wajah isterinya dilirik sejenak sebelum dia mendekati yang lain.

"Bagaimana boleh terjadi?" tanya Emilya dengan raut wajah terkejut.

"Tuanku bersama pemandu ingin keluar kota bertemu dengan pembesar yang lain tetapi nasib tidak membelahi mereka bila orang-orang Raja Daus serang" jelas Uzair.

"Pengawal yang lain dah lawan dan mengiringi tuanku ke hospital".

Putera Farin menggenggam amarah nya melihat sang ayahnda yang dimasukkan dalam wad kecemasan. Rambut diraup menanti khabar yang bakal disampaikan oleh pihak doktor.

"Kanda" Puteri Geisha yang sarat mengandung dipegangi oleh Tuan Adam mendekati Putera Farin bersama beberapa pengawal.

"Kenapa adik datang juga ni" risau pula dia melihat Puteri Geisha yang berjalan lambat ke arahnya.

"Isha risau kanda" perlahan-lahan tubuh Puteri Geisha di dudukkan.

"Pemandu peribadi ayahnda meninggal di tempat kejadian, manakala ayahnda menerima dua tembakan pada bahu dan bahagian perut. Kanda risau akan kesihatan ayahnda terjejas" ujar Putera Farin.

Puteri Geisha mengelus belakang badan abangnya menenangkan emosi Putera Farin yang berantakan. Dipandang suaminya yang turut memandangnya.

"Abang ada nak cakap apa-apa ke?" tanya Puteri Geisha.

"Senjata dari Rusia telah tiba, tapi ada satu senjata yang tampak pelik" Tuan Adam melabuhkan punggung sebelah isterinya.

Kedua adik beradik itu tampak fokus mendengar.

"Satu senjata telah rosak sebelum tiba di negara kita" ujar Tuan Adam.

"Maksud kamu?"

"Isi dalam senjata itu seperti sengaja dirosakkan sehingga tidak dapat berfungsi" sebuah gambar senjata yang dia tangkap dilayarkan untuk Putera Farin.

"Kamu tiada mengesyaki siapa-siapa?" gelengan Tuan Adam buat kening Putera Farin bertaut.

"Habis tu abang nak cakap senjata tu memang rosak ke?" suara Puteri Geisha mencelah.

"Tak juga tapi saya dah arahkan pihak atasan untuk siasat pada pekerja import dari Rusia tersebut" balas Tuan Adam.

"Awak nak cakap yang pekerja Rusia lalai dalam buat kerja?".

"Tak sayang, tapi saya rasa ada pengkhianat yang mengikuti arahan Raja Daus dari negara sana. Mungkin bukan berseorangan tapi ramai" Puteri Geisha mengohkan sahaja walaupun otaknya masih belum memahami segalanya.

Beberapa minit berlalu, ahli Squad Soldiers dan Dark Empire tiba di hospital besar Kerajaan Alaska. Dan pada masa itu juga seorang doktor bersama dua orang jururawat keluar dari bilik wad vip Tuanku Firhad.

"Bagaimana keadaan ayahnda saya?"

"Peluru berjaya dikeluarkan cuma nya pernafasan tuanku tidak stabil akibat kejutan yang diterima"

"Dan maafkan saya penyakit tuanku sudah berada di tahap yang serius iaitu tahap 4" doktor tersebut menunduk kan kepala.

"Bukan kah selama ini atuknda baik-baik saja-" belum sempat Emilya bertukar lebih lanjut, doktor perempuan itu mencelah lagi.

"Baginda sembunyikan tahap penyakit yang dia alami sekarang ini, baginda juga mengarahkan saya untuk mendiamkan perkara ini sejak mula menjaga baginda, saya minta maaf" sekali lagi dia menunduk.

"Kami nak melawat, boleh?"

"Dipersilakan tuan puteri".

Damia membaringkan kepala pada bahu suami nya menanti kedua-dua anak raja Firhad melawat atuknda mereka di dalam.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now