B A B 26

168 7 0
                                    

__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Terleka Damia dengan keindahan malam ini, dia berdiri di balkoni bilik menikmati tiupan angin malam. Esok adalah hari di mana perlawanan acara bagi sukan bola tampar dilangsungkan.

Setiap satu hari acara sukan akan diadakan, esok sukan bola tampar dan esoknya lagi hoki sehingga lah hari seterusnya untuk sukan lain.

Perlawanan ini diadakan bagi menilai prestasi pelajar yang cergas dan bertenaga, bukan setakat itu berpeluang menerima sijil dan pingat.

Rika banyak cemburu terhadapnya, dia sentiasa berhati-hati dengan gadis itu. Tidak menginginkan kejadian dahulu terulang lagi.

Mendengar bunyi tapak kaki dari belakangnya buatkan Damia berpaling, kelibat Qaira yang tersengih tidak bersalah setelah memasuki bilik tanpa beri salam dipandang sebelum menggelengkan kepala.

"Busy tak?" gadis itu bertanya.

"Tak, kenapa Qaira?"  Damia bersandar pada palang balkoni.

Riak Qaira yang berubah mengelirukan dia, aih elok je tadi tersengih sekarang berubah riak sedih pula ye.

"Fikirkan apa?" Qaira memandang wajah kakak iparnya.

"Takde apa-apa" jawab Damia.

"Kalau rindukan abang Zair, tak salahkan akak buat panggilan video" saran Qaira, masih ragu.

"Aku tak fikirkan dia lah, aku taknak ganggu dia bertugas" Qaira mengangguk faham.

"Sebenarnya Iris nak minta tolong" posisi badan diubah kepada berdiri tegak bersedia mendengar ayat dari adik iparnya yang seterusnya.

"Kenapa, Naim?" tebaknya.

Qaira mengangguk perlahan, perasaan dan fikiran dia asyik terganggu dengan susuk Naim yang degil dan tidak berputus asa menginginkan dia.

Lelaki itu memaksa nya untuk berjumpa semasa pulang dari universiti dengan kata-kata kesat dan ayat yang berbaur ugutan bahawa Naim akan menghancurkan masa hadapannya.

Bukan setakat itu Naim memalukan dirinya dengan beberapa kejadian, salah satu kejadian yang memalukan dirinya ialah sewaktu dia sedang leka menikmati makanan di kafe universiti, Naim datang dan menyimbah air ke atas kepalanya.

Bertapa ramainya pelajar yang tertumpa padanya seperti yang kita tahu Qaira seorang yang berhati tisu, setiap pandangan pelajar yang menjadi saksi kejadian itu adalah pandangan negatif baginya.

"Amar tahu ke benda ni?" Evelyn mengerutkan kening.

"Tak tahu, Amar sibuk dengan assignments dia waktu tu. Iris sendiri tak mahu kawan-kawan Iris megadu pada abamg Amar" ujar Qaira bermain dengan jari jemari.

"Iris nak minta tolong akak untuk temankan pada abang Amir dan abang Amar sebab Naim dah melampau. Dia sentuh Iris kak" nada yang tadinya biasa bertukar sayu.

Terbeliak mata Damia mendengar.

"Maksud Iris dia sentuh bibir- hiks" tidak mampu menyambung ayat seterusnya dia menangis mengingati kejadian ketika dia hendak keluar dari kelas waktu itu.

Oleh kerana dia lupa bahawa lelaki itu mengajaknya untuk menonton perlawanan Naim dalam sukan bola sepak, dia hampir hilang masa hadapan.

Tetapi takdir berbelah padanya, dia sempat melarikan diri selepas berjaya menghempuk kepala jejaka itu dengan batu.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now