Ukiran nama yang tertulis dibatu nisan dielus, sudah lama dia tidak datang ke sini sejak kebenaran itu diketahui. Humaira menyampuk air mata nya, Damia dan Idlan benar-benar benci dirinya. Sehingga sekarang dia tak dapat bertembung dengan kedua-dua nya sejak kedua-duanya berkeputusan berhenti belajar.Tipu lah jika dia masih tidak rasa bersalah, hati yang dia pakai sekarang ini merupakan hati sahabat dari Damia. Dia tidak tenang selagi kedua-dua sahabat itu memaafkannya.
"Dah setahun setengah tak bertembu mereka, hati awak selalu rindu mereka. Saya janji Zaira, saya akan cari mereka dan raihkan kemaafan" .
"Saya dah nak pergi, hari dah petang Selamat tinggal gadis baik hati".
Bangkit dari duduk nya meninggalkan tanah perkuburan itu dan masuk ke dalam kereta, bagai takdir tuhan, dia terlihat Idlan yang baru melangkah masuk ke tanah perkuburan itu.
"Terima kasih Ya Allah, kau permudahkan semuanya" rasa syukur dengan pertemuan itu.
Dia mengambil kesempatan mengekori kereta Idlan selesai saja jejaka itu melawat, kereta dipark berjauhan dengan sebuah kawasan peribadi yang dia sempat baca ketika masuk ke kawasan ini.
Hospital Alaska
Seumur hidup dia tidak pernah ke sini, dia memang pernah terdengar tentang kawasan dari bualan orang.
Dia turut ikut keluar dengan mengikuti langkah Idlan yang terlebih dahulu masuk ke dalam lif.
"Tingkat 21?".
Tiba saja di tingkat tersebut dia bersembunyi di belakang tembok, bukan Idlan saja yang berada di ruangan pelawat tetapi ramai yang dia tidak kenali.
Pintu wad yang terbuka dari dalam Dan susuk yang keluar itu buat dia tersenyum, Damia Aulia.
"Aulia".
Damia keluar dari wad, dia memeluk tubuh. Merasa sedih dan hiba dengan keadaan suaminya yang selamat dari pengeboman terjadi. Jejaka itu terkena serpihan bom.
"Dia belum sedarkan diri?" Tanya Emilya.
Damia mengangguk, air mineral diteguk haus. Suaminya belum sedarkan diri dalam keadaan yang parah.
"Semua nya akan baik saja, Aulia" pujuk Idlan.
Dia tidak akan biarkan gadis itu bersedih lagi, dalam diam dia mendatangi kuburan arwah Zaira tadi kerana dia tahu Damia akan menyalahkan dirinya lagi.
"Aku takut dia akan jadi macam Ira" ayat itu tidak penat keluar dari mulutnya.
"Apa cakap macam tu, atuknda yakin Uzair kuat. Tinggal tunggu khabar dari pihak doktor okey" ujar Tuanku Firhad.
Damia menutup wajahnya menunduk, sejak kelmarin suaminya tidak sedarkan diri. Kaki kanan jejaka itu terkena serpihan bom dan luka yang parah selain itu, pelanggaran pada satu benda kepada suaminya mengakibatkan otaknya menerima gegaran yang kuat pada kepala.
Dan yang dia takutkan adalah, kata doktor dia berkemungkinan akan hilang ingatan. Dia taknak Uzair akan melayani nya seperti orang luar, dia rindukan belaian suaminya.
"Tuanku, dia dah sedar" kejutkan itu buat Damia sedikit rasa teruja.
Dia kembali masuk ke dalam wad mendekati Uzair yang masih separuh sedar. Jejaka itu meringis kesakitan apabila kaki kanan nya terasa pedih jika digelakkan.
"Jangan gerak banyak, Affan" ujar Damia.
Tatapan Uzair yang kosong tidak dibalas, dia mencapai air untuk jejaka itu mengisi kerongkok yang kering.
"Kau dah bangun?" Uzair mengangguk kepada pertanyaan Asad.
Dia kembali mengalihkan pandangannya pada gadis yang berada di samping nya itu, Damia hanya buat tak nampak.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Fiksi Remaja|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...