B A B 45

148 5 0
                                    


Uzair menyarung t-shirt pada badannya setelah selesai membersihkan diri. Seluar pendek paras lutut menjadi pilihan. Dia memalingkan wajah ke belakang dimana isterinya masih nyenyak.

Masih awal untuk dia bangunkan gadis itu, itupun disebabkan kenakalan dirinya sendiri semalam. Rasa bersalah dia dibuatnya.

Dengan kaki yang pincang menggunakan tongkat, dia mendekati gadis itu. Rambut depan Damia diselitkan ke belakang telinga. Tepi kepala Damia dicium lembut mengalihkan kasih sayang.

"Thanks baby" ucapnya perlahan.

Dia meninggalkan isterinya sebelum menuruni ke bawah tingkat. Tiba sahaja di bawah dia terkejut dengan kedatangan orang asing baginya.

"Ann Suraya, ummi buat apa bawa dia ke sini" telefonnya digenggam erat.

"Dia yang nak sangat ikut" Qaira menjeling gadis disebelahnya.

Awal pagi dah terpacak depan rumah mereka disebabkan ingin menginuti mereka sekeluarga ke sini katanya ingin melawat kediaman Damia.

Sedangkan mereka tahu motif gadis itu ke sini kerana ingin mencuci mata melihat barang-barang mahal di dalam istana ini, bukan mereka tak tahu bertapa materialistic nya perempuan ini.

"I nak minta maaf dekat wife you, rupanya wife you anak diraja. Tak sangka pula I dapat sepupu ipar seorang tuan puteri" nada manja Masih di pendengaran Uzair.

Uzair menghiraukan, jejaka itu menyalami tangan kedua-dua ibu bapa nya sebelum berdiri di belakang sofa merenung tajam sepupu nya yang beriak kosong.

"Dah puas aim barang yang kau nak curi ke?" serius nada itu, dia tidak kesah dengan kelibat Putera Farin yang melangkah ke arah mereka.

Putera Farin memberikan senyuman pada keluarga Uzair, kopi panas yang dipegang nya diletakkan atas meja. Dia lah yang meminta untuk mereka datang ke sini lebih awal.

Hari ini majlis gender baby bagi adiknya, Puteri Geisha. Mereka dikenakan memakai pakaian pilihan biru ataupun pink yang bermaksud baby boy atau baby girl.

Tetapi majlis itu akan diadakan tengahari nanti, batang hidung pasangan utama pun belum tiba.

"Mana Lyn?" Putera Farin pandang Uzair.

"Masih tidur" jawabnya.

"Dah pagi buta masih nyenyak, ish ish ish apa punya perangai lah" semua mata ke arah Ann yang langsung tidak takut dengan sesuatu yang bakal menimpa nya.

"Kau-" baru saja Qaira ingin melukakan rasa tidak puas hati, Engku Emir menahan nya.

"Kau apa tahu, rutin malam pasangan berumah tangga" ujaran Amar buat Uzair terbatuk tiba-tiba.

Uzair menggaru rambut yang tidak gatal bila mana dipandang oleh ummi nya yang tersenyum seperti mengetahui sesuatu.

"Ummi" meleret Uzair bila ummi nya menaikkan kening mengusiknya.

"Amar jaga mulut, ada yang tersembur jap lagi" Engku Emir memerli nya sekaligus menasihati anak ketiga nya.

Ann Suraya berdongkol geram di dalam hati, semua nak menangkan perempuan tu.

"Siapa perempuan tu" Putera Farin berbisik pada Uzair.

"Orang asing sesat" Putera Farin menggelengkan kepala.

'plak

"Aduh" mata menjeling Putera Farin yang menayang riak tidak bersalah selepas memukul belakangnya.

"Dia buat perangai macam tadi lagi, saya tak teragak-agak kenakan hukuman. You better shut her mouth before I shut her with a knife" ha kalau Putera Farin yang sudah bersuara, seram.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now