B A B 47

131 4 0
                                    


"Emilya" panggil Damia yang baru saja keluar melangkah ke arah mereka yang sudah bersiap sedia untuk ke Kota Wahyu.

Emilya berpaling, gadis itu mengerutkan kening melihat sang kakak yang mengenakan blazer hitam dan jacket yang dipegang.

Apa kejadah pakai blazer? Diorang nak ke pejabat ke apa?

"Farin tak suruh kau ikut" dia duduk di samping adiknya.

Mereka menanti yang lain bersiap, Disebabkan ahli Squad Soldiers yang mempunyai kerja di pangkalan mereka sedikit lewat ke Kota Wahyu.

"Ey taknak dengar" gadis itu menutup telinga nya.

Dia tahu yang Putera Farin melarangnya untuk ikut sebab keadaannya yang kurang sihat. Mungkin berjangkit dengan Julia beberapa hari lepas.

"Yang kau ni kenapa pakai blazer" Julia yang juga dekat dengan Emilya bertanya hairan.

"Oh aku ada perjumpaan dengan Vip lepas ni" keluhan dilepaskan.

"Kau pergi dengan siapa?".

"Farin" kedua-dua gadis itu mengangguk.

Memang Putera Farin lah yang selalu dengannya dalam urusan perbincangan kerana jejaka itu bijak dan mengajarnya sedikit sebanyak tentang perbincangan yang harus dia hadapi bila bersua dengan pembesar-pembesar.

Sepatutnya hanya Damia, Uzair Dan Hanz sahaja yang pergi ke Kota Wahyu untuk mencari orang yang berciri-ciri kan seperti makcik tersebut katakan.

Tapi yang lain pun taknak tinggal, merayu dengannya untuk ikut dengan alasan yang tak masuk akal. Alasan mereka malu dan segan untuk berada di istana tanpa dirinya lagi-lagi Raja Firhad, yang inginkan masa untuk berehat memandangkan beliau sakit kebelakangan ini.

"Dah jom" Uzair meminta nya untuk berdiri, tangan itu digenggam.

"Jap, mana Haqim?" mereka semua turut tercari-tercari kelibat itu.

'pin pin

"Dia dah kat dalam kereta aku. Tertidur" jerit satu suara dari sebuah kereta Alza coklat pemiliknya adalah Rauf. Haqim terlalu kepenatan nampaknya.

Uzair menghentikan kereta nya di sebuah perkampungan Kota Wahyu. Tiga gadis yang menumpang sudah keluar dari kereta ketika dia mencari lot parking yang selamat.

Suasana kota tersebut sangatlah tenang, tidak terlalu banyak peniaga yang berdagang kerana mempunyai penduduk yang jarang.

"Id, tolong jap" mata Uzair merenung isterinya yang kepayahan membetulkan sesuatu pada belakang nya.

"Sini" tangan isterinya ditolak perlahan dan digantikan dengan tangannya yang tersentuh kulit isterinya.

Damia hanya membiarkan suaminya membetulkan ikatan pada pinggangnya. Setelah selesai jejaka itu mengemaskan blazer Damia sebelum pinggang itu dipegang.

"Badan sayang kurus lah tu sebabnya Tali pinggang pun tak ngam" bisik Uzair dan menerima cubitan dari sang isteri.

"Hanz, rumah Aisyila kat mana?" Tanya Uzair.

"Perlu ke kita ke sana" bukan disebabkan dia tidak menerima tindakan rakannya tapi dia risau jika mengangguk orang rumah nanti.

"Kenapa? Kau taknak calon isteri kau tu ditangkap ke" sindir Uzair.

Hanz diam, dia cukup malas ingin berbahas tentang perempuan itu yang ingin dijadikan calon isteri di tangan mak nya sendiri. Sedangkan perasaanya tiada langsung terhadap Aisyila, dia hanya menganggap perempuan itu sebagai kawan biasa.

"Ikut aku" Hanz memulakan langkahnya.

Uzair, Damia, Idlan, Emilya, Zach dan Hanz memasuki sebuah rumah kayu yang serba cantik dengan hiasan moden setelah dibenarkan oleh orang rumah untuk masuk.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now