__________
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Seperti ayat sebelum ini, dirinya seperti dimadukan oleh negara. Nasib apabila menghawini suami yang merupakan anggota tentera yang rela mengorbankan nyawa.
Damia memahami pekerjaan suaminya.
Hari ini mereka ada kelas, seperti biasa Idlan menjadi pemandu nya di setiap pergi ke kelas.
"Kau takde kelas kan, balik lah" seperti menghalau sahabatnya itu, Damia menutup pintu kereta.
"Aku nak jumpa pengawal-pengawal kau yang ditugaskan di sini lah, lepas tu aku balik" ujar Idlan menghulur beberapa buku milik Damia.
"Buat apa?" kening berkerut sambil tangannya memasang jam di tangan kiri.
"Urusan lelaki, dah pergi masuk" tolak Idlan.
"Damia!" kedua-dua sahabat itu berpaling ke arah Naya, Humaira, Afiq dan geng.
Idlan berubah riak tegang secara tiba-tiba.
"Aku pergi dulu, Aulia" pamit Idlan tanpa memandang wajah sahabatnya.
Damia yang sedar akan nada suara Idlan berubah hanya mampu mengangkat bahu sahaja.
Idlan melepaskan keluhan lemah memandang dari jauh pemergian sahabatnya bersama yang lain. Hatinya masih ragu-ragu dengan sesuatu yang disimpan.
Jika dia maklumkan kepada Damia, maka gadis itu akan sedih. Ada lebih baik jika dia mendiamkan dulu perkara itu kerana takut sahabat nya tidak menerima apa yang telah berlaku selama ini.
Dia ada menyimpan satu rahsia lagi!
"Noh Idlan sahabatnya cik puan kan?" tanya Pian, pengawal yang ditugaskan.
"Ya" jawabnya dengan anggukkan.
"Ada apa awak nak jumpa saya?".
Alfian atau Pian merupakan ketua pengawal di sini bagi menjaga keselamatan tuan puteri mereka. Dia mendapat mesej dari Puteri Geisha bahawa sahabat tuan puteri iaitu Noh Idlan ingin berjumpa dirinya di kolej ini.
"Tolong awasi tuan puteri, seperti yang kita tahu Putera Wahid sudah didaftarkan dengan pemalsuan maklumat diri untuk diterima di sini" ujar Idlan dan menerima anggukan dari Pian.
"Lagi teruk Wahid menawarkan diri masuk ke dalam kelas yang sama dengan dia".
"Oh yah tolong cari cara untuk pulangkan semula pendrive milik Wahid ini, awak kena hati-hati. Semua fail di dalam pendrive sudah dipindahkan kepada kita oleh Ivan dan maklumat dalam pendrive itu sekarang adalah kosong" ujar Idlan.
"Jangan kantoikan diri awak, Pian".
Kereta Idlan berhenti pada tempat peletakkan kereta di hadapan hospital besar yang sudah lama dia tidak kunjungi.
Bukan temu janji tapi ada sesuatu yang perlu dia siasat.
Bilik pejabat nama doktor yang dia cari dimasuk apabila mendapat kebenaran.
"Silakan duduk, Encik Idlan" doktor peremouan berusia itu mempersilakan dirinha.
"Awak masih muda rupanya, saya ingatkan awak ni umur 30an dah bila awak telefon" Idlan menggaru kepala yang tidak gatal.
Suara dia macam orang tua ke selama ini?
"Seperti yang saya bualkan dalam panggilan kita tempoh hari, saya nak memastikan sesuatu" Idlan bernada serius.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Jugendliteratur|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...