B A B 17

185 12 2
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Kem pangkalan tentera menjadi tujuan Uzair hari ini. Dia mendapat panggilan untuk ke sini atas kerja seperti biasa. Mereka merancang langkah berjaga-jaga setelah kejadian minggu lepas.

Anggota yang bertanggungjawab seperti mereka sudah dibagi tugas untuk menjaga setiap kawasan yang di arahkan terutama nya istana Raja Firhad.

Rambut diraup kebelakang, kaki nya melangkah ke arah sebuah khemah yang menempatkan senjata-senjata mereka.

"Tuan" Rauf yang sedang mengumpul beberapa senjata tersebut bersama yang lain menegur dengan tabik hormat.

"Bila benda ni sampai" salah satu senjata iaitu senapang diangkat dan diteliti.

"Semalam, Tuanku Firhad yang arahkan untuk barang dihantar ke pangkalan kita" balas Rauf.

"Ada apa-apa terjadi ke?".

"Buat masa ni tiada lagi cuma putera mahkota dapat tahu yang ada pengintip dalam kalangan rakyat kita" Rauf memandang Uzair yang duduk memejamkan mata.

Dia faham perasaan ketua mereka yang melakukan dua pekerjaan dalam satu hari.

"Mana putera Farin?" sambil memejamkan mata, Uzair bertanya.

"Sebentar tadi dia singgah sini dengan Puteri Geisha untuk pastikan pangkalan selamat, dan puteri ada tinggalkan sesuatu untuk kau. Kejap".

Rauf berlari meninggalkan khemah untuk mengambil barang yang ditinggalkan. Uzair masih memejamkan mata cuba untuk menghilangkan lelah.

Buat seketika dia risau dengan adik perempuannya yang jatuh sakit kerana pagi tadi gadis itu menerima sebuah kotak berisikan potretnya yang disimbah darah.

Qaira memang seorang yang tidak boleh melihat darah yang banyak, gadis itu akan pengsan dan jatuh sakit. Kejadian itu heboh satu universiti.

Amar lah yang paling risau dan cemas bila diberitahu tentang kejadian itu dan terus bergegas membawa Qaira pulang ke rumah tanpa sempat berpamitan dengan pengetua.

Mereka bertiga yakin yang lelaki itu ada dalam kalangan pelajar universiti Amar dan Qaira.

"Uzair, nah" mata dibuka semula, barang yang dihulur disambut.

Kedua-dua mereka mengerutkan kening melihat barang tersebut yang merupakan sebuah sapu tangan yang disulam cantik oleh Puteri Geisha.

Sulaman yang menggambarkan burung phoenix dan tulisan yang berlakarkan 'Alexa' membuatkan dia yakin yang barang ini adalah untuk isterinya.

"Hello guys i'm back"  teralih pandangan mereka apabila suara sumbang itu separuh menjerit.

"Hanz?" sesusuk tubuh rakan mereka yang lama bercuti ditumpukan.

Uzair tersenyum dia dan Hanz berlanggar bahu sebagai tanda perjumpaan.

Asad, Raiz, Kamal dan Haqim tutur tersenyum melihat mereka berdua. Hanz datang secara mengejut, Asad orang pertama yang dikejutkan dengan kedatangan jejaka ini.

"Bro, lama menghilang. Seronok bercuti?" Rauf memeluk Hanz.

"Ish lepas lah" Hanz menolak tubuh Rauf, rimas.

"Amboi sombong" perli Rauf dengan gelak kecilnya.

Hanz menggeleng "Aku bercuti bukan atas suka-suka tau, misi aku dah selesai kat sana".

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now