Bilik serba mewah itu dimasuki oleh kedua-dua pasangan suami isteri. Damia merehatkan badannya di atas katil gebu dan besar itu menghiraukan Uzair yang berpeluk tubuh memandang dirinya."Aulia" suara gemersik itu mengerutkan kening Damia.
Tindakan pantas. Uzair membaringkan diri lalu memegang perutnya yang terdedah akibat baju yang terselak. Perlahan sahaja tangan kekar itu mengelus perutnya.
Damia hilang arah, tidak selesa bila dibuat begitu.
"Affan jangan ganggu" tangan itu dijatuhkan lalu bajunya ditutup semula.
"Two month sayang, lusa nak bertolak dah. I'm gonna miss you" tubuh itu di bawa ke dalam pelukan, sedih sahaja Uzair berkata.
"Two months untuk latihan kemasukan pemuda tentera kan? Alah sekejap je tu?" senang saja dia bercakap.
Uzair mencuit hidung isterinya. Amboi sekejap kunun, dia ni yang seksa tanggung rindu nanti.
"Two months macam two years tahu tak, benci lah sayang ni. Orang nak bermanja pun salah" rontaan Damia makin menguatkan jepitan pada hidungnya.
Dia tergelak besar, tercungap-cungap gadisnya itu mencari nafas. Pipi itu dikucup lama, geram! Cantik sangat ni kenapa?
Mata bundar itu menikam nya, tetapi Uzair tidak gentar malah dia rasakan pandangan itu adalah pandangan paling indah. Arh, dia gilakan isterinya sendiri.
"Benda tu takkan lama kalau kau asyik fikir tentang aku, fokus pada kerja jangan aku. Lagipun aku tinggal sini sehingga majlis Puteri Isha dan atuknda pun dah cakap yang kami akan datang melawat ke kem latihan kemasukan itu" ujar Damia sambil bermain dengan urat-urat tangan suaminya.
Attractive , hot and spicy!
"Aku cuba" Uzair meyakinkan diri sendiri, dia akan fokus kepada satu matlamat selama dua bulan itu.
Tugasnya!
"Jom turun" ajak Uzair dengan menarik paksa tubuh isterinya yang bermalasan di atas katil.
Emilya memasuki dapur kerana dahaga, dayang-dayang yang bertugas dibalas dengan senyuman. Keningnya berkerut dengan satu susuk yang membelakangi nya.
Dari atas ke bawah dia cuba mengecam, tup! Hanz Isaaq.
Seketika dia gigit bibir, apa jejaka itu buat di dapur? Dekat dengan peti sejuk lagi tu. Dia minum juga ke?
"Ehem" deheman mengejutkan Hanz yang mencari sesuatu.
"Awak cari apa" tanya Emilya tanpa memandang wajah Hanz.
"Aiskrim ni banyak sangat, aku tak tahu mana aiskrim magnum yang putera mahkota nak tu" menjawab tetapi datar.
"Oh aiskrim magnum putera Farin, dia suka yang err ha ni" satu bungkusan aiskrim dikeluarkan dari peti sejuk.
Memang patutlah Hanz tak tahu sebab pelbagai perisa aiskrim yang dibekukan dan aiskrim magnum Putera Farin terletak di bekas bawah sekali.
"Kenapa putera tak ambil sendiri dan kenapa tak tanya dayang-dayang yang ada" sisi wajah Hanz dipandang sekejap sebelum beralih.
Dia taknak tenung wajah itu, rupanya Hanz dalam diam menjalinkan hubungan dengan seseorang.
Hampa dan kecewa, yang dia rasakan sejak Putera Farin menyatakan yang jejaka itu mempunyai teman wanita.
Tapi kakak kembarnya tak putus asa untuk pujuk dia dan meminta dia untuk cuba mengundurkan diri.
"Terima kasih" tidak membalas pertanyaan nya malah Hanz terus berlalu pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/282656812-288-k659954.jpg)
YOU ARE READING
You Are My Priority
Dla nastolatków|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...