B A B 14

202 12 1
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Susu yang diberi oleh Engku Qaila diminum, entah mengapa hari ini badannya berasa lesu untuk bangun. Dia diminta untuk berehat di bilik sementara yang lainnya mempersiapkan lauk untuk diberikan ke kem pangkalan nanti.

Bosan bermain telefon, Damia menghayal memikirkan perjalanan kehidupannya yang bakal ditempuhi. Sekarang dia sudah bergelar isteri di usia yang muda baginya.

Yang lagi mengusutkan fikirannya adalah karier nya sebagai jurulatih penari, dia sudah jarang memuat naik video ke youtube sebagai Dee kerana sibuk.

Badan disandarkan pada kepala katil, rambut yang terhurai diikat satu sebelum dia menuruni katil dengan perlahan. Dia taknak orang bersikap prihatin bila dia sakit.

"Aulia" Uzair dengan sebuah plastik ubat menegur dirinya.

Kening Damia berkerut melihat penampilan jejaka itu, dari atas hingga ke bawah lengkap berpakaian seorang tentera dengan lencana pangkat.

"Abah call tadi beritahu yang kau demam. Dah sarapan ke?" tidak teragak-agak Uzair merasakan suhu pada dahinya.

"Panas sayang" Damia membulatkan mata.

"Jangan panggil aku sayang" marah Damia tidak puas hati.

"Sorry baby" Uzair tergelak lagi.

"Dan jangan panggil aku baby ish" tangan Uzair dipukul.

"Kena biasakan diri" Uzair mengenyitkan mata.

"Dah sarapan ke?" tanya Uzair, melihat anggukan isterinya segera satu butir ubat dihulur.

"Minum" Damia tanpa membantah menelan ubat tersebut.

Uzair bergerak meletakkan ubat dan air di atas meja solek. Baju tentera dibuka menampakkan lapisan baju hitamnya lagi. Badan terus dibaringkan di atas katil sambil memejamkan mata, penat.

Buat seketika dia membuka mata kembali, Damia yang sedang memandangnya penuh tanda tanya buatkan dia tersenyum. Wajah itu nampak comel bila demam merah-merah gitu.

Tangan Damia dicapai sebelum ditarik dalam dakapannya. Gadis itu meronta minta dilepaskan.

"Affan lepas lah" ujar Damia dengan suara yang lembut.

Nasib baik lah sekarang ini dia tengah demam kalau tak dia kuat melawan pelukan itu.

"Affan? Nice name baby, hanya kau yang boleh panggil aku dengan nama tu" hidung Damia ditarik.

Apa mimpi jejaka itu? Pagi-pagi datang dengan ayat yang manis. Gila? Nak kena lempang?

"I miss you, Aulia"  dahi isterinya pula dikucup.

Naik berang Damia dibuatnya, dada jejaka itu disiku tetapi mendengar gelak dari Uzair buatkan dia menggigit bibir kerana geram.

"Setakat siku apa lah sangat" kening dinaikkan mengejek Damia.

Uzair meletakkan wajahnya pada cengkuk leher Damia, wangian gadis itu sungguh harum.

"Weh Affan gila lepas lah" kepala Uzair ditolak tetapi tidak memberi kesan.

"I'm too tired sayang, i need you to warm me, sekejap je" akhirnya Damia membiarkan dirinya kaku dalam dakapan erat Uzair.

Beberapa minit kemudian, kedengaran dengkuran halus dari jejaka itu. Damia meletakkan telefonnya ke sebelah, tangan  jejaka itu ingin dialihkan tetapi jejaka itu mengeratkan lagi pelukan.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now