__________Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Serangan demi serangan diberi oleh beberapa pihak musuh. Uzair melepaskan das tembakan.
"Shit how did they know our mansion" jeritan salah seorang tentera udara.
'bang
Tertunduk dirinya bila tembakan ingin disasarkan tempat persembunyiannya.
Uzair mengalihkan pandangan ke seluruh ruang tersebut sebelum tertancap pada beberapa objek yang baginya boleh menghentikan serangan tersebut.
"Asad, cover aku" pinta Uzair.
"Arahkan yang lain untuk jauhkan tempat peletakkan tong minyak nuklear" setelah tiba di satu koridor atas tangga dia memberi arahan kepada yang lain yang masih di bawah.
"Roger Tuan" .
Matanya galak memerhati tentera mereka beralih tempat persembunyian. Kamal Haqim, dan Raiz juga sudah berada sama tempat dengannya.
"Apa rancangan kau?" tanya Kamal.
"Kita ada empat tong yang ada di bawah, tembak tong tersebut dan ianya akan menghasilkan bom" ujaran Uzair dianggukkan.
"Jumlah bilangan mereka tak terlalu banyak" ujar Uzair lagi.
"Tuan, kita kehilangan dua tentera kami" bunyi pengesanan suara yang terpasang di telinga masing-masing jelas.
"Kamu teruskan tembakan, saya akan mulakan".
"I will count, one two three shoot".
Secara serentak bunyi das tembakan dari keempat-empat ini berjaya tersasar pada tong berisikan minyak lalu memberi kesan yang besar buat tentera musuh.
Salah satu tentera musuh yang tercedera parah kerana terkena cebisan letupan dia dekati. Uzair duduk mencangkung dengan pistol yang dihala pada dahi tentera itu.
"Sebelum kau mati, beritahu aku siapa yang berkomplot dengan Daus sehingga korang tahu tempat ini?" datar suara Uzair.
Lelaki paruh baya itu hanya tertawa sinis seperti mengejek dirinya.
"Huh, setia sangat dekat raja kejam kau tu?" muncung pistol ditekan pada dahi.
"Perang ini tidak akan berhenti kalau White Castle tak jatuh pada tangan raja" ujar lelaki itu.
"Itu bukan jawapan yang aku inginkan bodoh".
Uzair berdiri dan bercekak pinggang, kaki yang terpasangkan but askar memijak luka tembakan pada bahu lelaki tersebut. Kejam yah dia tahu dia kejam.
"Arghhh" jeritan kesakitan dihiraukan.
"Siapa?" tempikan Uzair menarik perhatian tentera yang lain.
"Uzair!" panggilan Hanz dipekakkan.
Hanz bertindak menarik baju jejaka itu untuk menyedarkan Uzair tetapi malah dia yang terjatuh kerana tolakan Uzair yang kuat.
"I swear to god, i will kill him like a siners" dengan perasaan berang dua das tembakan dilepaskan.
Dipandang penuh tidak berperasaan lelaki itu menggelupur sebelum berhenti bernafas.
Uzair menguak rambut ke belakang. Dalam hati sudah memaki hamun diri sendiri. Dia berjalan menghiraukan pandangan dan suasana yang huru-hara yang terjadi.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Teen Fiction|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...