B A B 42

170 5 0
                                    


Satu tahun 6 bulan.

Cepat sahaja masa berlalu, buat masa ini Damia fokus kepada kerjaya nya sebagai guru penari di gedung Mr James, dia sudah tahu yang gedung tersebut miliknya tetapi dia tidak ingin Mr James berhenti kerja sebagai pembantu CEO. Bukan sepenuh masa dia ada di gedung kerana kesibukan sebagai bakal penguasa di White Castle nanti.

Damia menghirup air coklat di kafe gedung bersama Yeen dan Ben. Mereka baru saja menyelesaikan task untuk mengajar pelatih.

"Tak sangka kan awak ni sebenarnya tuan puteri, aih segan saya" Damia hanya menjeling, berita itu sudahpun tersebat beberapa bulan lalu.

"jadi nama awak KY tu hanya palsu lah, awak sebenarnya Puteri Evelyn yang disembunyikan dahulu" Ben juga ingin mengambil tahu tentang dirinya.

Damia angguk, duduknya dibuat seperti gaya bossy.

"Aku pun unexpected bila tahu diri aku sebenar, tapi aku taknak pendam lama sebab aku pun nak bahagianl juga" ujarnya.

Selama tinggal di istana bersama keluarga sebenarnya itu, dia bahagian, dia dilayani baik Dan tidak dihiraukan sepertimana Puan Kharisa jaga dia.

Bercakap tentang Puan Kharisa, wanita itu sudahpun meninggal dunia kerana bunuh diri di markas mereka sendiri. Wahid Dan Rika mereka bebaskan dengan satu syarat, jika mereka melakukan hal yang sama dia akan buat yang lebih ekstrem dari seksaan sebelum ini.

Tuan Awangku, ayahnya itu sudahpun sihat dan tinggal bersendirian di rumah yang disewa nya.

Hanya satu saja masalah mereka iatu Raja Daus yang tidak henti mengancam kehidupan keluarga sebenarnya.

Tetapi gagal kerana kecekapan Dark Empire dan Squad Soldiers yang sentiasa padat dengan pekerjaan.

"Evelyn" ketiga-tiga mereka berpaling menghadap Emilya yang berlari anak kepadanya.

Gadis itu sudah sihat seperti biasa tetapi tidak diwajarkan untuk berbuat aktiviti yang berat.

"Kenapa datang".

"Bosan dekat rumah" Emilya selamba duduk di tempat kakak nya tadi.

"Puteri Geisha" dia berpelukan dengan Geisha, mata Damia melorot ke arah perut wanita itu.

Puteri Geisha mengandung 4 bulan, sedangkan dirinya masih rata Dan tidak pernah disentuh, yah dia tahu dia salah dan menyesali keputusannya.

Puteri Geisha yang sedar mengangkat dagu gadis itu. Dia memberi senyuman yang manis.

"Hey, sabar tau rezeki belum ada tu" kata Puteri Geisha.

Bukan dia tidak tahu sesetengah rakyat dan pembesar menyindir anak saudaranya itu kerana Masih belum mempunyai zuriat dan lebih menyakitkan hati dia dikatakan mandul.

"Tunggu Zair pulang, awak goda dia" usik Puteri Geisha.

"Aduh tak habis-habis" dia turut tergelak.

"Ky, kami pergi dulu tau. Waktu rehat dah habis ni" pamit Yeen.

"Okey, aku akan menyusul".

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now