Selesai sahaja dari majlis, ahli Dark Empire dibawa ke sebuah pondok oleh nek ca dan Adara. Adara merenung adiknya yang menggait mangga. Yah mereka semua ingin menikmati jeruk di petang hari.Majlis perkhawinan sepupu mereka tidak lah diadakan sehingga malam hari di atas kemahuan pengantin perempuan.
"Adara?" ternaik bahunya apabila disergah oleh seseorang.
Adara menoleh belakang, sahabat adiknya dipandang dengan senyuman. Tangan lembut gadis itu dipegang.
"Kenapa Mia?" tanya Adara.
Damia hanya menggeleng sebelum mengalihkan pandangan pada Idlan, Jay dan Ivan yang terpaksa mengutip buah mangga yang dikait oleh Idlan.
"Mana suami? Sorry akak tak dapat datang majlis Mia. Tapi akak ada sesuatu nak beri sebagai tanda rasa bersalah" ujar Adara.
Damia kerut kening, hadiah?
"Affan tidur, aku rasa tak perlu kot beri hadiah" Adara menggeleng menidakkan ujarannya.
"Perlu, nanti akak bagi. Hadiah akak speacial sikit" senyuman penuh makna itu membuatkan Damia pelik.
"Kak Dara, dah 20 biji ni" jeritan Idlan menghentikan mereka berdua.
"Bawa sini".
Damia meminta diri sekejap untuk mengambil telefonnya yang bercas di dalam bilik dan hendak membangunkan Uzair yang tidur. Jejaka itu mengadu penat setelah membantu. Damia faham, lagipun suaminya itu juga tidak sempat berehat pulang dari misi.
Tombol pintu dipulas, Uzair yang tidur bertiarap dan separuh badannya diselimutkan dipandang. Dengan perlahan-lahan dia melangkah ke arah dimana telefonnya dicaskan.
"Aulia" Uzair mencelikkan mata, suara husky itu memanggilnya.
Tidak melayan, Damia mencabut wayar pencas sebelum mendekati Uzair.
"Dah bangun" Uzair menangguk sebelum bangun dari pembaringan dan mengurut-urut bahunya.
"Sakit, tolong urutkan sayang" kedengaran manja sahaja suara itu walaupun baru bangun tidur.
"Ha?" dia mana lah pandai dalam bab mengurut ni.
"Urut je please".
"Tapi aku nak makan jeruk lah" protes Damia tiba-tiba. Orang nak makan jeruk dia boleh pula nak minta urut.
Dia craving tau!
"Yelah urut dulu, aku penat Aulia" tidak mahu msngalah dan inginkan perhatian isterinya, Uzair membalas.
"Malas nak layan, bye" Damia berpusing ke belakang ingin melangkah pergi.
"Nak masuk neraka ke lawan suami" ha sudah, Uzair dah keluarkan kuasa veto nya sebagai suami.
Damia berpaling dengan anak mata yang tajam memanah. Uzair juga tersenyum sinis .
"Affannnn" meleret dalam nada penuh geram.
"Ye isteriku, kenapa hm?" ujar Uzair romantis.
"I swear i hate you Affan" tempik Damia yang hanya mamou mereka berdua dengar di bilik ini.
"Ok then, i love you too. Come littlte princess taye ni, urut bahu hubby ni yayang" sakat Uzair.
Damia dengan penuh keterpaksaan, melangkah semula ke arah suaminya dengan hentakan kaki yang sengaja dibuat membuatkan Uzair tergelak besar, comel. Tahu takut!
Di saat dia menghampirj Uzair yang sudah sedia diurut, disitulah kesempatan diambil menggigit bahu kekar itu.
"Arghhh" desisan suamianya menerima gigitan itu bergema.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Teen Fiction|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...