B A B 20

210 9 1
                                    



__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________


"Putera Farin bertindak untuk menyerang istana Raja Daus".

"Ha?" terkejut dengan ujaran dayang-dayang itu Puteri Geisha berdiri lalu melangkah besar mengikuti dayang-dayang tersebut.

Putera Farin mengusutkan rambutnya bila mendengar ujaran ayahnda yang tidak membenarkan dia untuk menyerang istana musuh.

"Mereka cederakan tuan puteri, ayahnda" nada cuba dikawalkan.

"Ayahnda tahu dan keputusan kamu tidak memberi kesan pun kepada mereka nanti" jerkah Raja Firhad.

Tangan dikepal, rahangnya bergerak menahan amarah. Sumpah dia akan bunuh raja yang kejam itu.

Dia baru sahaja pulang dari luar kota atas urusan bersama putera-putera mahkota yang lain. Dia tidak terkejut langsung dengan keadaan di kerajaan mereka kerana sudah dimaklumkan oleh orang-orangnya.

Tetapi dia tidak dimaklumkan yang tuan puteri berada di hospital kerana kemalangan yang berlaku akibat rancangan pihak musuh.

"Kita dalam kawalan anggota tentera Farin, pihak musuh hendak lakukan pengeboman terhadap kota kita" ujar Raja Firhad sedang memerhati tentera-tentera yang sibuk di luar kawasan istana.

"Ya Farin tahu ayahnda tapi-" terhenti bicaraannya bila sang ayahnda mengangkat tangan untuk meminta dia diam.

"Ayahnda taknak kejadian yang dahulu terjadi pada kamu, Farin. Tolong faham ayahnda" nada suara Raja Firhad penuh penyesalan.

Putera Farin mengeluh.

"Kanda, ayahnda? Ada apa ni?" Puteri Geisha bersama Puteri Emilya yang baru tiba dipandang.

"Tak ada apa-apa Isha" balas Raja Firhad memberi senyuman pada dua puteri itu.

"Farin, arahkan orang-orang kamu untuk tidak menyiapkan senjata" dengan penuh pasrah Putera Farin mengangguk.

Puteri Geisha mengejar langkah sang abang.

"Jangan ambil hati dengan ayahnda, ayahnda cuma risaukan kamu dan takut perkara yang sama akan berlaku lagi" ujar Puteri Geisha.

"Tapi Isha Tuanku Daus dah melampau" tajam pandangan diberi buat adiknya.

"Ya tahu, Uzair sudah jalani tanggungjawabnya terhadap tuan puteri malah dia mendapatkan bantuan daripada Squad soldiers yang lain".

"Squad soldiers? Without even me? Oh damn it"  Puteri Geisha mengetap bibir terlepas.

"Kanda sibuk masa tu, mereka taknak ganggu urusan kanda" beritahu nya lagi.

"Sekarang ni Tuanku Daus dah bocorkan sedikit rahsia kita, beliau ugut tuan puteri untuk menyerahkan White Castel tersebut. But as we know Evelyn dont know anything she's confused "  langkah mereka terhenti di tengah kawasan hallroom.

"Dia dah tahu tentang White Castle?" anggukan adiknya buat Putera Farin mengeluh.

"Uzair meminta kita untuk bertemu dengan tuan puteri untuk ceritakan segalanya tapi dengan keadaan kota kita yang begini pertemuan ditangguhkan. Ayahnda juga taknak ganggu mental Evelyn yang sedang berehat di hospital setelah kemalangan itu berlaku" penjelasan Puteri Geisha sedikit menenangkan kandanya.

"Kita sudah bersumpah janji untuk menjaga puteri sulung arwah abang".

"Isha rindukan kanda Rel" sayu dia mendengar suara kerinduan adiknya.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now