B A B 54

97 5 0
                                    


Sudah dua minggu, dia sering keluar masuk hospital menjenguk sahabatnya yang belum sedarkan diri. Kadang dia dan kadang anggota lelaki yang lain jaga tapi hari ini dia diminta berehat oleh suaminya.

Uzair pula sudah empat hari tidur di pangkalan dengan ahli unit yang lain kerana kesibukan kerja.

Hanz yang begitu kecewa dengan sisi pengkhianat Aisyila, dia tidak kisah dengan apa yang berlaku dengan gadis itu.

Aisyila dikurung dan bakal disoal siasat oleh pihak polis, sejak gadis itu memaklumkan bahawa Emilya akan dijadikan mangsa lagi dia mengarahkan pihak pengawal untuk menjaga adik kembarnya dengan ketat.

Raja Daus benar-benar menyasarkan orang yang terpenting dalam hisupnya termasuk Uzair.

"Malam ni, aku nak malam ni" ujar Damia pada ahli Dark Empire yang duduk di sofa.

"Okey"

"Aku nak jumpa Ira kejap" faham dengan ayat itu mereka hanya mampu mengangguk.

"Arghh!" terbantut langkah mendengar jeritan serentak dari tingkat atas.

Suara jeritan antara Emilya dan Julia yang bingit mengejutkan ruangan markas tingkat bawah.

Damia bergegas naik takut kedua gadis itu diserang. Ahli yang lain juga mengekori dirinya.

"Kenapa ni?"

Salah satu frame gambar Emilya bersama kakaknya telah pecah di bawah lantai. Damia memandang pula adiknya yang bergayut di atas meja solek manakala Julia berdiri di atas katil gadis itu.

"Mana pihak musuh" Ivan memerhati melalui tingkap bilik namun tiada apa-apa.

"Tak, bukan. Huargh ada lipas terbang tadi" Damia menepuk dahi.

Laa lipas terbang je ke? Dia mendekati adiknya yang Masih bergayut sebelum dia menangkap tubuh adiknya yang ingin turun.

"Lipas terbang saja pun" Ivan mencebik memukul Emilya dengan failnya.

Memang tak sah dua ketul ni memukul antara satu sama lain.

"Hey benda tu menggelikan kau tahu dak" Ivan sempat mengelak bila berselisih dengan Emilya yang ingin menendangnya.

"Enough Emilya" tahan Damia.

"Zach, cari lipas tu dan buang" terlongo mereka mendengar arahan Damia.

"What?" Zach membuat mimik menyampah.

"Kau sayang adik aku tak?" pancing Damia dengan senyuman sinisnya.

Zach diam, jari tengah diangkat ke arah Damia dan berlalu ke closet Emilya kununnya ingin mencari lipas tadi.

"Ha tu, Mia tu" Julia meloncat dari katil mendekati Damia, pinggang gadis itu dipeluk.

Seekor lipas melekat di lampu malam Emilya dituding.

"Menyusahkan betul lah lipas ni" Damia juling mata ke atas.

"Zach" faham, Zach mengeluh sebelum mengambil sesungfut lipas itu lalu membawa nya keluar bilik.

"Hah" sempat lagi dia mengayunkan lipas itu ke arah Emilya dan Julia.

Apa lagi, menjerit lah kedua-dua nya buat kali ke entah berapa.

Damia membetulkan telefon Idlan yang dia simpan selama sahabatnya itu koma. Wajah pucat Idlan dipandang.

"Kau dengar aku kan? Please Id kalau kau sayangkan aku kau takkan tinggalkan aku" ujarnya.

"Cukuplah Ira jangan kau sekali, aku janji lepas ni aku akan behave dan dengar cakap kau" tangan diangkat menyumpah.

"Oit anak buah kau ni dah rindukan uncle dia tahu" perutnya dielus.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now