B A B 4

419 14 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Uzair Affan dengan hanya berpakaian seluar pendek dan singlet hitam mendedahkan bicepnya yang sedikit berotot turun ke bawah di mana ibu bapanya dan tetamu berada.

"Abang" kakinya dipeluk membuatkan dia menunduk memandang adiknya.

Tubuh kecil itu didukung dan pipi itu juga dicium bertalu-talu. Dia sayangkan Uwais Ash bagai nyawa sendiri begitu juga keluarganya.

"Wais dengan siapa tadi hm?" hidungereka dilagakan.

"Dengan Insyira" dituding Insyira iaitu anak perempuan abang mereka yang sedang seronok bermain masak-masak dan beberapa kereta mainan.

Uwais dan Insyirah yang berbeza dua tahun, Insyira 3 tahun dan Uwais 5 tahun sudah bergelar sebagai pelajar taska.

Dengan mendukung Uwais, Uzair mendekati alih keluarganya di satu ruang tamu. Dia dengan selambanya duduk di sebelah sang ayah.

"Uzair, kalau ye pun salam lah tetamu kita ni" tegur Engku Emir.

"Wajib ke? Takkan?" dengan bersahaja Uzair membalas.

Engku Emir mengetap gigi, geram dengan perangai kurang sopan dari anak keduanya ini.

"Takpe Emir" ujar Tuan Awangku mesra.

Tidak bagi sang isteri, Puan Kharisa menjeling lelaki yang bakal menjadi menantu nya nanti.

Puan Kharisa memeluk tubuh dengan gayanya yang sombong tetapi tidak diambil peduli oleh Engku Qaila dan Engku Emir, kedua-dua pasangan itu menganggap ianya biasa.

"Jadi, kau orang ni ibu bapa angkat Puteri kerajaan Warz atau lebih tepat lagi pakcik ni adik kepada arwah Puteri Eva?" tanpa basa basi Uzair bertanya, tangannya menyuap kuih lapis ke dalam mulut Uwais yang duduk terpangku menonton tabletnya.

"Ya, saya. Tuanku Firhad ada memaklumkan tentang kamu yang  menjadi kewajipan dalam keselamatan Damia daripada pihak musuh. Tapi saya tak sangka pula Tuanku ingin menghawini kamu berdua setelah masalah ini selesai" TuanAwangku membalas pandangan tiada perasaan dari Uzair.

"Aku pun tak sangka, Tuanku secara tiba-tiba menawarkan misi itu kepada aku. Aku segan mahu menolak, dan aku tak yakin dapat tunaikan permintaan Tuanku dalam menghawini puteri" ujar Uzair.

Keempat-empat pasangan itu memandang silih berganti.

"Tapi Zair dah janjikan dengan Tuanku?" ujar Engku Qaila mengerutkan kening.

Uzair menghela nafas, Uwais dipinta untuk mengikuti langkah Munira iaitu kakak iparnya yang baru sahaja selesai menghidangkan minuman buat tetamu.

"Hati dan fikiran seseorang boleh berubah ummi, tidak setiap janji boleh diikuti. Kita boleh mungkiri janji itu bila tiada keyakinan dalam diri" ujar Uzair.

"Kiranya kamu telah melanggar perjanjian antara Tuanku Raja kerajaan Warz" Puan Kharisa yang tadinya hanya memerhati membuka suara.

"Argh bagi Zair fikir ummi, Zair tak yakin dengan diri sendiri. Puteri itu merupakan orang terpenting di kerajaan itu jika ada apa-apa berlaku pasti Zair akan dihukum nanti" Uzair meraup rambutnya ke belakang sebelum mencicipi sedikit teh panas yang dibuat oleh Munira.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now