B A B 6

402 14 0
                                        


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Kereta myvi yang dipandu berhenti di sebuah kawasan park kereta. Damia menarik kepala hoodie menutupi wajahnya tidak juga dilupa mask dipakai sempurna. Dia keluar daripada kereta, sejenak dia memerhati kawasan bangunan JH holding yang mempunyai perubahan berbanding 3 tahun lalu.

"Dee" tanpa salam dia menegur seorang pekerja kaunter yang elok melayan seorang lagi vip.

"Terperanjat aku, maaf ulang semula siapa nama cik tadi?" dahi pekerja bernama Hani itu berkerut. Setiap kali dia inhin mengintai wajah gadis disebalik hoodie itu pasti Damia menundukkan lagi wajahnya dan memandang lain.

"Dee, aku ada perjumpaan dengan ceo syarikat ni Mr James" balas Damia.

Hani mengangguk, sebuah kad peribadi dihulur pada Damia setelah yakin nama yang disebut sebagai Dee ada di senarai.

"Saya macam pernah dengar lah nama ni, kenapa perempuan tadi familiar" ujar sendirian Hani dengan memandang kelibat Damia yang mengscan kad tadi di sebuah mesin kebenaran masuk.

"Dee, Dee, Dee, ah tapi tak mungkin. Along!" Along yang juga pekerja kaunter terkejut namanya diseru.

"Kenapa Hani?".

"Dia dancer youtuber  terkenal tu" jerit Hani menarik perhatian beberapa kakitangan dan pelatih.

"Kau serius lah" bak burung belatuk Hani mengangguk.

"Dia dulu pelati tajaan mr James tidak hairan lah dia dipanggil datang ke sini" seseorang menerpa ke arah mereka.

Luhan memberikan senyuman nipis melihat kedua-dua nya terlopong.

"Ya saya baru teringat tentang tu, oh gosh saya perlu bergambar dengan dia dan hantar pada rakan-rakan saya biar mereka cemburu" ujar Hani teruja.

"Sia-sia. Kau lupa ke yang dia tak pernah reveal wajah, peminat dia sekalipun tak dapat mengecam dan siasat tentang dia. Her life is privacy, hanya orang tertentu sahaja yang kenal. Betul tak Luhan" Along cuba memancing Luhan.

Dia pasti Luhan tahu lebih dalam tentang gadis itu. Luhan terbatuk kecil dia memasang wajah datar.

"Ya saya sendiri pun tak pernah nampak wajah dia. Beruntung lah pelatih-pelatih yang sempat berlatih dengan dia pada masa dahulu" mereka bertiga mengangguk serentak.

"Saya pergi dulu" Luhan meminta diri dan kedua-dua pekerja itu kembali bekerja seperti biasa.

Damia Aulia menggaru rambut yang tidak gatal, sudah diselongkar seluruh isi beg sandangnya. Benda itu tiada, seketika dia mengeluh. Dia bergaduh dengan mama tadi jadi itu lah sebab nya dia terlupa ambil. Ah sekarang macam mana dia mahu masuk bilik pejabat Mr James.

Luhan. Nama itu terlintas di fikirannya.

"Eh kenapa tak masuk lagi, cik Damia?" terbantut tangannya ingin menelfon Luhan.

"I forgot to bring the card, shit"  Luhan tertawa kecil.

"Kad saya kan ada, jom masuk" kad akses masuk dikesan.

You Are My PriorityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang