B A B 49

157 5 0
                                    


Emilya makan sarapan pagi nya tanpa menghiraukan sekeliling nya. Putera Farin serta kakak nya sudahpun pergi ke ruang perbincangan mereka diikuti oleh Uzair dan seunitnya kerana ingin melaksanakan satu permainan memandangkan Raja Daus turut hadiri majlis itu.

Raja Firhad menggelengkan kepala melihat kerenah cucu nya, dia tahu yang Emilya tidak menyedari kehadirannya kerana enak menjamu steak.

"Tuanku perlukan apa-apa" seorang dayang-dayang bertanya.

"Tidak, saya cuma ingin melihat cucu saya di sini" dayang-dayang tersebut mengangguk faham dan undur kan diri.

"Emilya Elina" nama penuh gadis itu dipanggil.

Emilya tergamam, dengan mulut yang mengunyah sebahagian steak dia tersengih pada atuknda nya.

"Atuknda, nak makan ke?" kalut dia berdiri.

"Ya Allah budak ni, serabai betul. Awak belum mandi ke?" sedikit memarahi gadis itu disebabkan penampilan gadis itu yang kurang dia suka. Berbaju kelawar!

"Emy nak makan dulu sebelum mandi" sekali dia sengih.

"Tak malu ke orang tengok" ujar Tuanku Firhad.

"Mana ada orang, tu sebab Emy berani nak mati makan dekat dapur" dengan yakinnya.

"Cermin tu tak tinted tau, Cuba tengok luar siapa nak datang tu" jari menuding ke arah tingkap gelongsor yang tidak tinted.

"Zach?" terkejut dan lagi buat dia sedikit malu bila jejaka itu memandangnya ke arahnya.

Baju kelawar dia ni bercorak bunga tau, buat apa dia malu, kan? Seksi tak seksi juga sebab sampai paras bawah.

"Mandi Emy, awak tu bergelar tuan puteri, aih budak ni" dahi dipicit kerana pening.

"Tak kesah lah atuknda, dia bukannya datang dapur pun" steak dipotong dan dibawa ke dalam mulut.

"Ya atuknda tahu itu, tapi bukan kah Zach ambil kamu untuk ke markas hari ini sebab Julia dah bertolak awal" cuba memperingatkan gadis itu.

Terhenti kunyahan di mulutnya, riak nya dicemberutkan. Dia lupa benar-benar lupa disebabkan dia lapar.

"Atuknda kenapa tak cakap awal tadi, huargh dah lah Zach tu tak suka orang lambat ish.." Dan bebelan Emilya hilang begitu saja kerana gadis itu sudah menjauh dari dapur.

Zach menanti dengan sabar Emilya, jejaka itu mengeluh panjang. Disandarkan tubuhnya pada sofa, dia paling malas dengan perempuan yang lambat bersiap contohnya Emilya.

Dirinya bersiul setelah melihat susuk gadis itu yang berjalan menuruni tangga.

"Jom" ajak Emilya.

"55 minit, wau ada peningkatan" jam ditangan ditilik mengira waktu gadis itu bersiap.

Selalunya Emilya akan siap dalam sejam atau sejam lebih.

"Perli aku, tumbuk karang. Cepatlah".

Dilirik wajah Emilya dari samping, patutlah cepat bersiap rupanya gadis itu bersolek dalam kereta.

"Aih tak penat ke jadi perempuan?" Tanya Zach.

Emilya pandang dirinya yang memandu sebelum menggeleng dan menyambung melukis eyeliner nya.

"Kau duk tap tap seluruh muka, tak sakit apa pukul diri sendiri dengan krim tu" rimas dia perlakuan Emilya duk tacap sana tacap sini.

"Excuse me Zach, benda ni ada nama tau. Foundation" kayu eyeliner tadi dipukul di lengan Zach.

"Tahu lah akak tu natural beauty, alah jujur je lah yang kau nak cakap benda tu kan" Emilya memuncungkan bibirnya.

"Bila masa nya, kakak kau memang natural. Apa beza nya dengan kau, takde tau tak. Sama je aku tengok".

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now