B A B 33

154 4 0
                                    

"Aku benci dia, Aulia".

Sejak petang tadi ayat itu asyik berlegar dalam fikirannya. Humaira, kenapa sahabatnya itu menyuruh dirinya untuk menjauhkan diri dari Humaira. Humaira jahat ke?

Tapi sejak mengenali Humaira yang pertama kali ingin berkawan dengannya, tidak pernah lagi dia lihat gadis itu berniat jahat dan memperlakukan dia buruk. Humaira seorang yang lembut tutur bahasa dan perangainya.

Apa yang kau dah buat Humaira?

Nak dikatakan sahabatnya itu bercinta dengan Humaira pun salah sebab Idlan memang dulu tidak gemar bercinta kerana satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya adalah arwah Zaira Afka dari dahulu lagi.

Ya, Idlan sukakan Zaira tetapi tidak kesampaian ingin menyatakan perasaannya itu disebabkan kematian Zaira. Sakit, memang sakit berpura-pura selama ini.

Hanya dia sahaja tahu akan rahsia ini!

Damia menyembamkan wajah nya di atas meja, sejak dia dan Idlan berjumpa di kebun tadi Idlan sedaya upaya menjauhkan diri darinya membuatkan dia sedikit terasa dan sedih.

Belaian pada rambut mengejutkan dirinya, Damia mengangkat muka memandang Uzair yang berdiri membelai rambutnya lembut. Jejaka itu tersenyum manis sebelum duduk di sebelahnya.

Persiapan majlis hampir selesai, hanya sahaja pelamin dan tempat duduk untuk tetamu nanti.

"Nek ca ajak makan malam dear" diselitkan anak rambut isterinya ke belakang telinga.

Dia sedar dengan Idlan yang cuba mengelak dari berbual atau bertembung dengan isterinya. Dan perubahan air muka gadis ini yang nampak sedih.

"Kau pergi lah, aku tak lapar" cuba menyembunyikan perasaan dan mood nya, Damia mengawal riak muka.

"Jangan macam tu penat nek ca dengan lain masak banyak untuk kita" pujuk Uzair.

"Jom, jangan sedih-sedih. Cuba smile sikit, jangan buat nek ca tertanya-tanya dengan keadaan kau, kesian Idlan dipersoalkan nanti" jari nya mencuit hidung isterinya.

"Okey".

Keriuhan suara-suara yang sudah semestinya datang dari suara Ivan, si pemuda bongsu yang banyak mulut. Gelak tawa dari ahli kumpulannya juga, nampak gembira dengan layanan nek ca.

"Ha datang pun dua pasangan ni, duduk lah. Maaf lah Uzair, makan atas lantai je kami mampu nak" ujar nek ca sambil menghulurkan nasi yang sudah diisi.

"Takpe nek ca, saya dah biasa juga lah makan macam ni dekat pangkalan" balas Uzair tersenyum.

"Pangkalan? Kamu kerja apa ye?" nek ca sedikit ingin tahu tentang pekerjaan Uzair.

"Err tentera nek ca" diusap belakang lehernya kerana segan dipandang oleh nek ca, Puan Bella dan kak Adara.

"Wau untung Mia dapat suami macam kamu, mesti pandai main machine gun kan?".

Uzair mengangguk mengiyakan sahaja perbualan nek ca. Puan Bella yang melihat kecanggungan suami sahabat anaknya menggeleng sebelum bahu si mak dilanggar lembut.

"Mak, kalau ye pun bagi lah dulu si Uzair tu makan. Mak ni tak baik tau makan sambil bercakap" tegur Puan Bella.

"Haah, maafkan nek ca ye sebab mulut nek ca macam ni. Oh yah Adara mana adik kamu ni?" pertanyaan itu menarik perhatian Damia.

"Id pergi rumah kak Yaya, dia dah makan dah tadi" sempat mata nya melirik Damia sebelum Adara berdehem.

"Awak gaduh dengan Idlan ke, Damia?" kini perhatian mereka tertumpu pada Damia.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now