"Aulia" panggilan dari seorang membuatkan Damia serta kedua-dua puteri itu menoleh belakang."Affan" seru Damia perlahan.
Buat apa lelaki itu datang ke mall ini? Bukan ke lelaki itu ada kerja di Kem?
Menyibuk sahaja kerjanya! Damia menjeling jejaka yang tersenyum manis itu.
"Zair, baru sampai?" Tanya Puteri Geisha mesra.
"Ya, tuan puteri. Saya datang pun sebab nak ambil isteri saya sekaligus bawa dia temankan saya beli barang untuk nanti" ujar Uzair.
"Yang kat tangan tu apa?" jari menuding pula pada sebuah plastic yang dipegang Uzair.
"Oh yang ni Haqim kirim tadi, boy thing" plastic itu diangkat sejenak sebelum mengerling isterinya yang memandang.
"Korang dah habis ke? Kalau tak izinkan saya culik isteri saya" ayat itu membuatkan Puteri Geisha tergelak kecil.
Puteri Geisha mengangguk sahaja, lagipun dia ada Emilya untuk menemani dirinya dalam membeli barang selanjutnya.
Uzair membawa isterinya ke suatu tempat, Damia juga tidak banyak bersuara hanya mengikuti langkahnya.
"Kejap sayang, aku tukar pakaian dahulu" diperhati atas bawah pemakaian suaminya.
Apa yang salah? Baju hitam dan seluar tentera? Nampak kacak sahaja dia pandang suaminya itu, aura seorang tentera kuat sangat.
"Kenapa nak tukar bagai, pakai je yang tu" ujar Damia.
"Nanti mesti Aulia segan sebab aku pakai macam ni" Uzair tersenyum.
Kot-kot lah gadisnya ini tidak suka kan.
"Nak segan buat apa? Bangga tu adalah" Damia memegang baju suaminya.
Sekali lagi Uzair tersenyum manis mendengar pujian isterinya.
"Bangga sebab ada suami tentera? Sweet juga sayang ni" hidung Damia dicuit.
"Bangga lah lain lah kalau kau bogel depan awam" sambil bersuara sambil dia menghulurkan beg sandang pada suaminya minta diangkutkan.
Sakit bahu.
"Betul juga, sayang je yang boleh tengok aku abs-" ha sudah Uzair tersenyum miang.
'pap
"Mengarut, tidur luar kang" mati senyuman miang Uzair.
"Ok ok tak buat lagi, jom" tangan lembut itu dipaut sebelum berjalan bersama.
"Duduk sini dan tunggu" Damia didudukkan di satu sofa kecil kedai pakaian.
Uzair pula berlalu ke kaunter kerana ada sesuatu yang dia perlu ambil daripada tempahan anggota mereka.
"Tumpang tanya, anggota kami ada buat tempahan baju sebulan lalu dan hari ini pihak kedai minta ambil" persona Uzair buat cashier itu terkaku.
"Miss?" tersentak cashier perempuan itu, bibir menguntum senyuman malu.
"Tempahan atas nama apa ye abang?" soalnya.
"I'm married, panggil Encik boleh? aku tak selesa by the way tempahan tersebut atas nama anggota Squad Soldiers dan" sejenak dia memandang ke arah isterinya yang bermain telefon.
"Dan Kingz" perlahan sahaja suara itu.
"Okey abang boleh masuk ke dalam, di situ ada bos saya" sekali lagi Uzair menyampah mendengar panggilan itu.
"Fuhh hensemnya" khayal cashier perempuan itu merenung Uzair.
Selanjutnya tertumpu pula pandangannya pada seorang gadis yang dikerling oleh jejaka tadi, sah itu isteri jejaka tadi. Cantik tapi tak seseksi dia.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Teen Fiction|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...