MUA : nv2

577 23 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

"Tuanku telah tiba" ujar pembantu istana ketika tiba di sebuah rumah teres rakyat.

Uzair Affan dan keluarga nya yang sudah disedia maklum bahawa hari ini keluarga Tuanku akan datang berbincang sesuatu menanti di hadapan pintu.

"Tuanku" Engku Emir sekeluarga menunduk hormat.

Mereka semua duduk di sebuah ruang tamu dengan hidangan kuih, manis-manisan dan air jus.

"Jemput minum Tuanku" lembut sahaja suara Engku Qaila mengizinkan.

"Saya datang ingin meminta jawapan daripada anak kamu tentang pelawaan bulan lepas, agaknya saya sudah beri kamu masa sebulan untuk berfikir Uzair" Tuanku Firhad menyatakan hajatnya dengan Uzair.

Uzair Affan memajamkan mata, keluarga diraja itu menghantar dirinya untuk melaksanakan sebuah misi dalam menjaga keselamatan salah seorang Puteri Diraja yang tinggal di kota luar. Bukan itu sahaja, Tuanku Firhad takut musuh sudah mengetahui identiti arwah anaknya yang masih hidup dan bertindak membunuh gadis itu untuk harta dan takhta.

Uzair Affan meminta masa sebulan untuk dia memikirkan hajat Tuanku Firhad. Dia tidak yakin dia boleh melaksanakan misi itu lagipun dia mempunyai kerja lain di kerajaan ini dan dia tidak boleh berenggang dengan keluarga nya sendiri.

"Kamu jangan risau, semua keperluan kamu di kota itu sudah diuruskan, kamu juga boleh membawa keluarga kamu untuk tinggal di sana sehingga misi kamu berjaya" ujar Tuanku Firhad seperti mengetahui akal fikirannya.

Penerangan itu membuatkan seisi keluarga Uzair Affan terkejut, sudah banyak kali keluarga itu dibantu oleh keluarga Tuanku Firhad sehingga mereka segan untuk menolak permintaan Tuanku Firhad untuk menjaga identiti Puteri Diraja.

"Tuanku, terlalu banyak kebaikan yang sudah tuanku hulur. Saya tidak tahu nak balas bagaimana" Engku Emir menunduk segan.

"Bukan kah keluarga Emir yang berbuat baik dahulu, kalau bukan disebabkan Uzair mungkin anak perempuan saya sudah tidak berada di sisi saya" dipandang sekilas Puteri Geisha yang tersenyum nipis.

"Lagipun saya tidak meragui Uzair, saya percaya dia boleh menjaga Puteri arwah anak saya dengan baik" Tuanku Firhad tersenyum.

Hati tua nya mengatakan bahawa Uzair Affan mampu menjaga Puteri dengan baik.

"Saya takut Tuanku, takut kepercayaan Tuanku akan musnah bila saya gagal" Uzair Affan mengeluh dalam perbicaraannya

Melihat gelengan dan tawa kecil Tuanku Firhad dia tahu raja itu memegang kata-kata sendiri.

"Saya takkan pilih kamu bila saya tak percayakan orang tu, tidak apa jika kamu menolak. Saya boleh hantar pengawal untuk jaga dia dalam diam, Puteri belum mengetahui identiti sebenarnya" Tuanku Khalil tersenyum kelat.

Engku Emir dan isteri memandang Uzair Affan, terlihat jelas riak Tuanku Firhad kecewa.

"Baiklah saya setuju untuk laksanakan misi itu. Tapi keluarga angkat Puteri berpendapat yang sama ke?" takut jika keluarga angkat Puteri menolak.

"Jangan risau, mereka setuju. Dalam masa tiga bulan itu kamu cuba ambil hati cucu saya" Uzair terpempam lagi.

Ah dia lupa yang dia juga akan menikahi gadis itu.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now