B A B 11

237 12 1
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Entah mengapa hati Damia merasa tidak tenang, gementar dan takut. Baju kurung soket berwarna putih dikenakan dibadannya. Wajah yang sudah siap disolek serba biasa dipandang di depan cermin.

Tidak terasa masa begitu cepat berlalu dan hari ini dia akan diikat oleh seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya. Pertemuan yang ringkas tetapi dek kerana tindakan Uzair yang berani buatkan dia mempersetujui perkhawinan ini, ikhlas ke tidak? Itu belakang cerita.

"Your new journey will start Mia"  Jay memulakan perbualan mereka.

Dia dan kumpulan Black Empier edang berkumpul dalam biliknya.

"Betul ke dengan keputusan aku ni?" Damia bertanya datar. Wajahnya sekalipun tidak dikalihkan dari cermin.

"Inshaallah".

Damia mengeluh, mahkota kecil yang dipasangkan di atas rambutnya yang bersanggul ditanggalkan.

"Kenapa kau buka" Hani yang ingin mencapai kembali mahkota kecil itu dihalang.

"Ini majlis nikah bukan khawin, nanti je lah".

Black Empire memandang susuk Damia yang jarang mereka lihat, gadis itu cantik bila berpakaian sebegitu rupa. Aura seorang puteri menonjol pada dirinya.

'tok tok

Kesemua mereka memandang ke arah susuk yang membuka pintu bilik, mak andam tersenyum.

"Pihak lelaki dah sampai".

Gulp

Damia menjadi gementar, kuku jari digigit cuba menghilangkan rasa itu.

"Weh taknak lah khawin" ujaran Damia buatkan mereka tergelak.

"Aku baru nampak kau sepanik ini Mia, lawak lah" Ivan menggelengkan kepala.

Walaupun dihalang oleh yang lain untuk berehat di rumah akibat insiden minggu lepas, Ivan tetap degil untuk mengikuti acara Damia.

Jay lah yang menjadi mangsa dalam persiapan jejaka itu, dia yang iron kan kemeja, dia juga yang memakaikan lelaki itu baju. Patah tangan je tapi manja dia tu mengada.

"Setiap perempuan akan rasa gementar tu, jangan risau Mia kami ada, kau nak batalkan ke? Kami boleh je bawa kau keluar dari rumah ni kita ke Thailand" gurau Jay.

Ju yang bersebelahan dengannya menghempap bantal katil pada wajah Jay.

"Hello nak ke taknak khawin ni? Pengantin lelaki kacak tau, I boleh je ganti you" amboi nyah, pantang nampak lelaki kacak terus mengedik ye.

"Eh nyah kau tu dibayar untuk solekan pengantin bukan gantikan pengantin, dasar gedik" sindir Ju menjeling mak andam tersebut yang sudah cemberut.

"Jom Mia".

Perlahan-lahan Damia berjalan menyusuri tangga dan ketika itu juga lah dia dapat mendengar riuhan di ruang tamu.

"Saya nak jadi bridesmaid dan pengapit awak Aulia"

"Damia?" panggilan itu menyentakkan lamunan Damia yang terhenti di tengah tangga.

"Zaira?" Hani dan Ju mengeluh.

"Kau fikirkan dia? Tolong Mia jangan rosakkan solekan kau tu" Hani memegang tangan Damia seeratnya.

Uzair menutup matanya seketika, bukan hanya Damia sahaja yang gementar dia ni yang akan lafazkan akad pun gementar tau.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now