Humaira terbangun dari tidurnya yang panjang tapi satu keluhan dilepaskan bila dia tahu dimana dia berada sekarang, dia masih ingat kejadian semalam dimana dia pengsan kerana banyak memikirkan sesuatu."Maira dah sedar nak" Encik Kalil berdiri dari duduknya.
Cemas Dan panik diri nya mendengar benda jatuh dari bilik anaknya semalam, cemas bila melihat sekujur tubuh anaknya pengsan.
"Kenapa papa bawa ke sini, Maira okey je lah"
Encik Jalil mengeluh.
"Kamu terlalu banyak berfikir tentang mereka kan, Maira"
Humaira diam.
"Maira nak jumpa mereka tapi Maira terlepas minta alamat pada perempuan yang hantar Maira tempoh hari tu" dia maksudkan Julia.
Julia yang menghantarnya ke rumah setelah kejadian di hospital tersebut.
"Kita akan cari bersama-sama, papa pun nak minta maaf pada mereka"
"Tapi mereka bukan di bandar papa, saya baru dapat tahu yang Damia merupakan anak diraja dan mempunyai kembar. Mereka berada di sana untuk selesaikan musuh mereka dan keselamatan Damia juga terlalu ketat jadi sukar untuk kita berjumpa" Humaira bangkit dari baring.
"Anak diraja?" bagaikan terkejut Encik Jalil.
Humaira mengangguk "perempuan tu cerita semua nya, Damia disembunyikan untuk keselamatan dia"
"Maira layak ke berkawan dengan dia, pa?" sedih riak anaknya dipandang.
"Dah Maira berehat lah, papa nak solat kejap lagi" Humaira mengangguk, dia membaringkan diri membelakangi papa nya.
Encik Jalil keluar dari masjid hospital, sebuah plastic kuih muih untuk anaknya sempat dia beli. Langkah dibawa menuju ke bilik wad Humaira.
"Maaf encik kena tunggu di luar. Pesakit tiba-tiba sesak bernafas tadi" terkejut mendengar jururawat tersebut.
"Ha? Dia tak apa-apa ke?"
"Kami tengah periksa, tunggu di luar ye Encik"
Telefon Humaira yang berada dengannya dikeluarkan dari poket baju selangor.
Nama Damia dicari, dia tidak membuat panggilan suara kerana dia yakin gadis tersebut tidak akan membalas panggilannua jadi dia hanya menghantar mesej.
-saya mohon datang ke hospital (location)
Dia berharap gadis itu membaca mesej nya dan datang ke sini.
Damia menghembus nafas perlahan seraya jantungnya berdetak laju, dikawal riak dari dipandang suaminya yang fokus pada tab menyelesaikan sesuatu.
Uzair membiarkan isterinya duduk di pehanya sambil menyandarkan tepi kepala pada dada nya.
"Affan sakit" Uzair menunduk sedikit memandang wajah isterinya.
Gadis itu menyentuh dada sendiri dengan riak yang berkerut.
"For sudden, shh its okey heck up and heck down" dada isterinya dielus menenangkan gadis itu.
Tangan yang bergetar dan basah itu dia genggam erat, pekerjaan ya diketepikan.
"Aulia" keduanya menoleh ke arah Idlan.
"Kenapa dengan dia?" Idlan melutut di samping kedua pasangan itu melihat sahabatnya yang cuba menenangkan diri.
"Id, tolong ambil ubat dia kat bilik" Idlan mengangguk pergi.
"Kita buat tetapi ya sayang" walaupun dia tahu jawapan gadis itu bakal menolak, dia soal lagi.
Uzair mengeluh bila Damia menggeleng.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Fiksi Remaja|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...