B A B 5

413 15 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Ketukan di pintu bilik membuatkan Damia yang leka bermain tab di atas katil berhenti. Rancangan Dahmer yang bersiar di aplikasi netflix dihentikan sebentar sebeluk bangun membuka pintu itu dengan tidak puas hati.

"Kenapa Eda?" malas sahaja nada itu bertanya kedatangan pembantu rumah di biliknya.

"Encik Awangku pinta untuk berjumpa di pejabat nya" jawab Eda.

"Ha? Kau biar betul dalam seumur hidup aku yang 21 tahun ni papa tak pernah minta aku datang pejabat dia tau, weird" .

Syarikat Kingz yang dipegang oleh Encik Awangku sejak 4 tahun lepas, syarikat yang dia sangka kan adalah hak mutlak papa nya, tetapi ada rahsia di sebalik pemegang saham sebenar syarikat tersebut.

Encik Awangku hanya mengikut perintah untuk menjadi bos di syarikat itu.

"Eda pun terkejut tadi tau, jangan banyak fikir. Damia pergi je" Damia angguk dengan teragak-agak.

Cardigan berwarna ungu muda disarungkan ke tubuhnya yang berlapis tshirt putih, seperti biasa rambutnya akan terikat satu bila dia keluar dari rumah.

Berasa puas dengan penampilannya, Damia melangkah keluar dari rumah dengan menaiki grab menuju ke pejabat papa nya.

Dengan hati yang tenang dia berjalan membiarkan pandangan pekerja dan kakitangan pejabat yang memandangnya penuh persoalan. Mungkin sesetengah mereka tidak mengenali status dirinya yang bergelar anak kepada majikan pejabat itu.

Tanpa meminta izin PA Encik Awangku dia memulas pintu pejabat dan menerobos masuk.

Su yang merupakan setiausaha Encik Awangku menahan geram, siapa perempuan itu sehingga berani memasuki bilik pejabat Encik Awangku tanpa izin darinya dan majikannya sendiri.

"Maaf Encik Awang, saya tak sempat hala-" terhenti percakapannya bila majikannya menunjukkan isyarat untuk dia berhenti.

"Tidak apa, kamu boleh keluar" senyuman nipis diberi pada Su.

"Jadi, ini lah pejabat papa. Not bad"  diperhati sekeliling bilik pejabat papanya.

Sama seperti bilik pejabat yang ada di rancangan drama melayu. Damia menggeleng dengan tawa kecil, cuba ubah sikit jadi pejabat ala-ala drama korea.

"Tergeleng-geleng dah kenapa, Damia" fail disusun dan berdiri ingin menyimpan fail tersebut di sebuah rak fail.

"Kenapa papa nak jumpa?" kaki disilangkan memandang Tuan Awangku yang menyimpan sebuah fail. Dibiarkan soalan papanya tadi.

"Saja, ambil masa dengan Damia".

"For real? Ambil masa terluang dekat pejabat? Boring papa boring" Damia menghela nafas.

"Papa belum habis cakap lagi, papa minta kamu datang pejabat sebab nak kenalkan kamu pada pekerja dan lepas tu papa akan bawa Damia di mana-mana sahaja yang kamu mahu sayang" rambut anaknya dielus lembut.

"Four years pa, dan sekarang baru papa nak kenalkan Damia huh" tangan Encik Awang ditepis.

Dia tidak suka rambutnya diusik.

"Papa sembunyi atas sebab tertentu dan sekarang masa yang sesuai" ujar Encik Awangku.

"Oh begitu, and what the reasons? Takut syarikat ni gulung tikar?" bibir mengorak senyuman sinis.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now