B A B 51

126 5 0
                                    


Macbook di atas meja lampu diambil, dia menyandarkan diri ingin menguruskan pekerjaan yang selanjut, selama sepuluh hari ini dia agak sibuk bekerja. Bekerja sebagai pengurus syarikat DC ent dan acara yang bakal membuat dirinya gugup dalam beberapa bulan lagi.

Anak-anak murid mereka ingin mengadakan prom night di syarikat tersebut dan hal itu pada mula nya Mr James kurang bersetuju tetapi atas pujukannya Dan pelatih yang akhirnya Mr James bersetuju tetapi dia tidak turut hadiri majlis itu.

Sekarang ini Damia membuka link yang dihantar oleh anak muridnya, link tersebut merupakan link lagu dan tarian yang diingini oleh anak muridnya untuk malam nanti.

Damia fokus memerhati gerak tarian orang yang di dalam video tersebut. Mulutnya juga terkumat kamit menyanyi korus lagu memandangkan lagu tersebut pernah trend dahulu.

Tanpa dia sedar, Uzair memasuki bilik. Uzair yang sudah kembali bertugas mengenakan uniform tentera nya. Dia menanggalkan beret dan baju hanya singlet kelabu yang membaluti tubuhnya.

Dia tersenyum melihat kepala isterinya yang mengikuti rentak muzik.

Damia yang merasakan pergerakan pada kaki nya mendongak. Uzair merangkak sebelum membaringkan kepala pada dada isterinya.

Baju Damia diselak, kesan tikaman yang meninggalkan parut itu diperhati.

"Sakit lagi ke?" dipegang lembut parut tersebut.

"Sikit" ujar Damia, MacBook diletak ke tepi. Suaminya ingin dimanjakan.

"Teruskan je lah buat kerja, abaikan je saya" seperti sindiran saja Damia rasakan.

Damia mencebik, rambut suaminya ditarik sedikit. Mentang-mentang lah mereka kurang bermanja semenjak beberapa hari ini, Uzair selalu balik lewat dan hilang pada awal pagi, dia tak terasa hati pun sebab dia faham tugasan suaminya lagipun dia pun sibuk juga.

"Ok" macbook yang ingin dicapai ditahan oleh Uzair.

"Eyy sayang, orang main-main je lah" tangan Damia dicapai dan dipeluk.

"Petang nanti awak jadi ke keluar dengan Qaira dan dua gadis kesayangan kau tu?"

"Yap, Emy dah siapkan baju tu" jari menuding ke arah baju yang disangkut.

"Blouse? Asyik Emy je yang siapkan baju sayang" pelik juga dia, isterinya ini takde tangan ke? Eh nak tidur luar lagi.

"Awak kutuk saya ke? Oh mentang-mentang lah saya tak pandai berfesyen, asyik baju yang sama jika keluar, kenapa awak tak suka ke say-" ditekup mulutnya oleh Uzair.

"Bebel lagi, dah upgrade bini aku" Dmaia dijeling.

"Saya tak kutuk yangg cuma tanya, aduhai bini aku" dicuit hidung isterinya, fikir lain.

"Saya tak pandai lah Affan, saya perempuan biasa bukan macam Emy dan Ju".

Entah mengapa dia suka memakai cardigan dan berbaju tshirt saja sebab dia suka benda yang simple. Kalau adik kembarnya memang pandai berfesyen, fesyen ala-ala model version islam.

"Awak simple pun tapi baju awak tu brand tau, hari tu awak baru beli dua baju dah RM125 lebih dah" memang benar yang dikatakan oleh suaminya.

"Tapi saya seorang puteri"

"Apa beza nya? Awak manusia juga, tak semestinya kena pakai gaun yang berat tu betul dak lagipun berlambak baju sayang dalam almari"

Damia angguk saja.

"Saya nak belanja baju lah nanti boleh?" diperhati suaminya yang memejamkan mata.

"Hm"

"Tapi duit awak" dihujung ayat dia gelak kecil.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now