B A B 16

230 11 2
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________


"Excuse me" mereka semua berpaling ke arah Laila yang baru tiba.

Namun pandangan Damia tertumpu kepada susuk perempuan yang ada di samping gadis itu.

Gadis itu hanya menundukkan kepala.

"Laila, kau nak buat apa lagi dengan Nelly tu" terselit nada tegas dari Luhan setelaha menyedari susuk Nelly.

Yeen dan Ben terkejut sama.

Bukan kah Nelly sedang berehat di rumah?

"Dia yang terbaik dalam kalangan pelatih lain, jangan nak sibuk hal aku" Laila menjeling Luhan.

"Kau paksa dia, kau sedar tak dia tengah lemah sekarang tu. Jangan bodoh lah Laila" marah Ben,dia merasa kasihan dengan keadaan Nelly.

"Aku tak paksa dia, dia yang telefon aku untuk setuju mengikuti pertandingan ni".

"Betul ke Nelly" tanya Ben merasa was-was.

Damia memerhati wajah Nelly untuk memastikan jawapan gadis itu, melihat anggukan yang jelas penuh keterpaksaan Damia tersenyum sinis.

Damia mendekati gadis itu, dihiraukan Laila yang menghalang. Dagu Nelly diangkat wajah resah itu membalas pandangannya.

"Betul ke ni semua keinginan kau sendiri?" tanya Damia sekali lagi.

Nelly mengerling sekilas Laila sebelum mengangguk.

Damia yang sudah yakin dengan jawapan yang difikirkan bahawa gadis itu dipaksa untuk berbohong mengangguk sahaja. Dia pasti Laila mengugut gadis itu sesuatu sehingga terpaksa berbohong diri sendiri.

"Jangan salahkan mana-mana pihak kalau ada apa-apa berlaku dengan kau nanti, faham" tegas dan datar Damia berujar.

Nelly memandang pemergian Damia dan Yeen, hatinya menjerit ingin memberitahu segalanya tetapi apakan daya dirinya hanya seorang yang lemah.

Puas mencari kelibat isterinya di tingkat bilik atas Uzair turun ke bawah lagi. Pendengarannya tertumpu pada gelak ketawa yang datang dari kolam renang.

Kaki melangkah ke kawasan itu, isterinya bersama Qaira yang sedang berbual mesra dipandang sahaja. Tubuh disandarkan pada pintu kaca.

Bibir mengorak senyuman lebar bila mana mendengar gelak tawa Damia yang sukar dia lihat. Dia sudah membayangkan sikap Damia jika kembali ceria seperti dahulu.

"Kakak ada lesung pipit lah" ujar Qaira dengan sisa tawanya.

"Baru sedar ke?" Damia menggelengkan kepala dengan mencicipi keropok yang sempat Qaira berikan.

"Ya, akak kan jarang senyum. Ni kalau Iris tak bawa bergurau mesti sampai tua Iris tak tahu" ujar Qaira memuncungkan mulut.

Qaira merendamkan kaki ke dalam kolam, sejak kebelakangan ini dia sedar yang dia sedang diperhati oleh seseorang bermula dari dia balik dari universiti.

Dia juga menerima mesej yang berbaur ugutan dari nombor yan tidak dikenali.

"Apa perasaan akak kalau diperhatikan dalam diam" wajah Damia dipandang.

"Iris ada stalker ?"  bila pertanyaannya didiamkan, Damia faham.

"Who?"  kedua-dua gadis itu berpaling menghadap Uzair yang memasang riak dingin.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now