B A B 12

196 9 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Damia menyangkutkan tote beg nya di bahu, dia menutup pintu bilik ingin menuju ke bawah bersama ahli keluarga Uzair yang sedang menjamu selera.

"Akak" panggil Qaira teruja bila melihat Damia menuruni tangga.

"Iris baru nak panggil akak, akak dah turun" ujar Qaira.

"Maaflah kalau akak lambat turun, ummi abah tengah tunggu ke?" sambil mereka berjalan, Damia menyoal.

Damia memberi senyuman kepada keluarga Uzair, dia melabuhkan punggung di sebelah Qaira iaitu berhadapan dengan seorang perempuan yang dia tidak kenal.

Pandangan perempuan itu juga nampak tidak senang dengan kehadirannya.

"Ha Damia jemputlah makan, jangan segan-segan. Maaflah kalau lauk tak sesuai dengan selera kamu" Engku Qaila tersenyum mesra. Cucu sulung diraja mestilah dilayan dengan baik.

"Eh takpe Damia okey je" nasi dikaut dengan sendiri.

"Ehem ummi, abang Zair mana eh" ujar perempuan yang dikenali sebagai Anna.

Anna menjeling Damia yang leka menikmati makannya.

"Dia ada urusan kat luar" jawab Engku Qaila kurang suka dengan sikap Anna.

"Kesian isteri dia ditinggalkan seorang sedangkan baru je mereka khawin" perli Anna dengan tidak bersalah.

"Ummi, Damia pergi dulu ye" pinggan ditepis ke tepi setelah selesai makan.

"Eh ada kelas ke? Hari ini bukan kamu dibagi cuti ke?" Engku Qaila mengerutkan kening.

Damia angguk sekilas "Ini pun sebab ada pembentangan minggu hadapan".

Damia menyalami tangan tua Engku Emir dan Engku Qaila. Dia berjalan menuju ke luar kawasan rumah, kereta Idlan juga sudah menunggu dirinya untuk masuk.

Anna memeluk tubuh memandang pemergian kereta Idlan dan Damia. Dia tersenyum sinis, baru saja khawin dah tunjuk belang keluar dengan lelaki.

"Itu sahabat dia, kau dengan fikiran bodoh kau tu boleh blah" sindir Amar yang sedang memakai kasut pada kerusi luar.

"Ye ke sahabat entah-entah dia memang-" auat Anna dipotong laju oleh Amar.

"Kau tak kenal kakak ipar aku, so better kau diam" Amar menolak bahu sepupunya itu.

Anna memang tidak kenal gerangan Damia Aulia sebenarnya. Gadis itu menganggap Damia adalah seorang yang lembut dan senang ditindas.

Dua sahabat itu memasuki dewan belajar yang mengumpulkan beberapa kelas hari ini. Idlan berpamitan untuk duduk bersama gengnya yang berada di tengah manakala Damia pula duduk di kerusi yang kosong.

Semua pelajar dengan kerja masing-masing sementara menunggu pensyarah hadir.

"Ha sini pun kau Damia" suara itu membuatkan dia mendongak memandang hairan kepada Afiq, Naya dan Humaira.

Memang tak sah Afiq tak terselit sekali dalam kumpulan ini.

Ketiga-tiga rakannya itu duduk di kerusi kosong yang masih ada di sebelah Damia.

"Kau dah tukar jantina ke apa? Geng kau mana?" sarkastik soalan Damia.

"Ish aku masih lelaki sejati lah, lek ah diorang ada je kat belakang aku" ujar Afiq mengangkat kening.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now