B A B 27

156 7 0
                                    

__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Hari ini dia dibawa bersama keluarga mertua nya ke Kerajaan Alaska. Tetapi tujuan yang berbeza keluarga mertua nya akan pulang sebentar ke rumah agam mereka yng berada di sini.

Dia serta Puteri Emilya dibawa pulang ke istana kerana Puteri Geisha kesunyian memandangkan Raja Firhad dan Putera Farin keluar untuk berurusan.

Damia yang tadinya leka dengan suasana istana terpaku pada beberapa buah gambar potret yang terletak di rak.

Dari gambar Raja Firhad dan Permaisuri sehingga gambar keluarga diraja itu.

Damia mengangkat frame tersebut memastikan pandangannya jelas.

"Ini pasti ayahnda" satu senyuman terlorek.

"Cik puan Eliana" terangkat bahu Damia apabila disergah dengan panggilang seorang dayang.

"Maafkan saya, cik puan" tutur dayang-dayang tersebut.

Damia hanya mengangguk.

"Cik muda Geisha arahkan saya untuk mengiringi cik puan ke bilik persediaan".

Entah berapa bilik yang ada di istana ini sehingga Damia merasa pening ingin mengingatinya. Tujuan mereka ke bilik persediaan yang dimaksudkan sudah berada di hadapan.

"Silakan masuk cik puan Eliana" dayang-dayang tersebut melakukan tugasnya dengan penuh hormat.

Masuk sahaja Damia ke dalam ramai pembantu-pembantu istana yang ada diserta Puteri Geisha dan adiknya, Puteri Emilya.

Hari ini mereka bergiat untuk menyiapkan makanan untuk dihulurkan kepada rakyat-rakyat yang dilanda kesusahan dan anggota bertanggungjawab yang penat bertugas.

"Lyn, sini" panggil Puteri Geisha.

Satu persatu makanan dihulur kepada rakyat yang ada. Damia juga tidak berhenti dari melorekkan senyuman kepada mereka.

Dua adik beradik itu asyik menjadi tumpuan mereka kerana wajah kembar.

"Cantik-cantik puteri kita hm" pujian itu membuatkan senyuman Puteri Geisha manis.

"Terima kasih".

"Kakak, nak tapau tu" terasa bajunya ditarik-tarik oleh seseorang Damia menunduk ke bawah.

Seorang kanak-kanak perempuan seusia dengan Uwais membuatkan dia duduk menyamai paras ketinggian.

"Nah, makan banyak tau" rambut kanak-kanak itu dibelai.

"Alisya, kenapa panggil tuan puteri kakak hm" datang pula si ibu memdekati mereka berdua.

"Tak mengapa".

Dilambaikan tangan kepada kanak-kanak itu sebelum memusingkan badan ke belakang di mana pembantu sedang membawa makanan.

Merasa kasihan, Damia cuba mencari kedai minuman. Apabila dia menjumpai tempat di sekitar situ, Damia memesan sepuluh jenis air kepada satu persatu dayang-dayang dan pembantu yang mendorong makanan dengan troli.

"Hani, nah" air yang terakhir dihulur kepada adik kembarnya.

"Hani tak nak makan lah kak" tanpa berpaling gadis itu masih sibuk membelek geram seorang bayi yang di dukung oleh sang ibu.

"Oi tengok dulu, ni bukan makanan" tergelak penduduk rakyat itu dengan sikap dua puteri ini.

"Owhhh air sirap" huluran disambut dan dia menyedut air bandung tersebut.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now