__________
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Doktor Alia membulatkan mata nya mendengar kemahuan pesakit di hadapannya itu, walau pun dalam keadaan yang parah pesakit itu meminta sesuatu yang buatkan dia terpempam.
"Jalankan pembedahan terhadap Humaira, doktor" ujar Zaira masih mampu melorekkan senyuman dalam keadaan wajahnya yang sudah lebam.
"Ira, apa yang kau cakapkan ni?" pandangannya berpaling pula pada sang kakak yang meriak wajah marah.
Satu persatu keluarga nya dipandang.
"Ira penat ma, Ira nak rehat. Ira rindukan arwah papa" ujar Zaira.
Puan Rifa sebak, tubuh anaknya didekati dan mengelus wajah itu.
"Tapi tak bermaksud Ira percepatkan proses pemindahan hati tu sayang. Awak masih sakit, kan awak dah janji dengan ma untuk-" gelengan anaknya buatkan dia berhenti bercakap.
"Ira banyak susahkan ma dan kakak Zufa, Ira rindukan papa" sekali lagi luahan rindu itu diucapka..
"Tapi macam mana dengan Idlan dan Aulia?" tanya Zufa.
Suasana senyap seketika.
"Jangan beritahu kat mereka, mereka tak tahu yang Ira buat perjanjian untuk pemindahan hati" ujar Zaira.
"Tak, ma tak izinkan. Doktor batalkan perjanjian bodoh tu" sedikit tinggi nada Puan Rifa.
"Cukuplah papa tinggalkan kita, ma taknak anak bongsu ma pula yang tinggalkan ma. Awak masih muda sayang, jangan sia-sia kan kehidupan Ira tu untuk buat keputusan sebodoh ini sayang".
"Kasihan kan ma dan kakak Zufa, dan sahabat kamu. Apa reaksi yang mereka akan dapat kalau mereka tahu kamu tiada sayang, tolong hm" rayu Puan Rifa.
"Ma, Ira dah banyak buat kenangan dengan mereka selama ini. Percayalah mereka akan baik-baik sahaja".
Doktor Alia mengusap air mata nya.
"Doktor Alia, palsukan kematian Zaira".
Puan Rifa jatuh terduduk menangis.
"Zaira Afka kesiankan ma" tempik Zufa memarahi adiknya.
"Maafkan Ira kak, Ira dah banyak susahkan ma dan kakak. Ira tetap dengan keputusan Ira sendiri" tidak memandang sang ibu dan kakak, Zaira menunduk.
"Benarkan Ira jumpa dengan Humaira".
Humaira yang didorong dengan kerusi roda memasuki wad pesakit Zaira Afka. Doktor Alia keluar memberi masa kedua-dua nya berbicara.
Humaira memandang wajah lebam tetapi nampak berseri itu. Bibir Zaira sentiasa tersenyum.
"Humaira" sebut Zaira.
"Awak dah tahu kan, yang proses pembedahan akan berjalan dua hari lagi hm. Awak suka tak?" ujar Zaira.
"Tak, Saya tak suka. Awak kenapa rela korbankan diri sendiri demi saya ha" bentak Humaira.
Zaira tetap tersenyum "Dahulu, saya pernah berfikir yang orang baik akan dibalas dengan baik. Saya nak sangat jadi salah satu orang terbaik itu. Salah ke Humaira?".
"Saya tahu saya masih mempunyai kehidupan yang seterusnya yang perlu ditempuhi tapi saya taknak sebab saya nak rehat dan jumpa papa, inshaallah".
YOU ARE READING
You Are My Priority
Genç Kurgu|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...