Aisyila terkebil-kebil bila soletape yang digunting Emilya mula bergerak ke arah bibirnya."Shut up" Emilya menampakkan soletape ke mulutnya.
Damia menyanggulkan rambutnya dengan sebuah gunting yang disepit pada mulutnya layaknya seperti tukang gunting pakar.
"Alah sian dia tu, tak boleh cakap" ejek Julia.
Setelah memastikan kunci bilik kurungan itu terkunci rapat, Damia bergerak merentap tudung sarung yang dikenakan gadis di hadapan mereka itu.
Rambut tebal yang tersembunyi panjang paras pinggang jatuh bila ikatan dibuka.
Tanpa banyak bicara Damia memulakan guntingan.
"Jangan gerak karang terkena kulit kepala kau" tegur Damia biasa.
Aisyila sudah menangis, Cuba meminta kasihan pada Emilya dan Julia yang hanya memandang.
"Ni kalau botak agak-agak Hanz suka tak?" Aisyila pejam mata bila Damia menunjukkan helaian rambutnya yang tergunting.
Beberapa minit berlalu, Aisyila seperti seorang yang pasrah bila merasakan kepala nya sedikit ringan kerana banyak helaian sudah digunting.
"Ok dah siap" ujar Julia menepuk tangannya menghilangkan helaian rambut kecil.
Aisyila memandang Damia yang tersenyum. Gadis itu perlahan-lahan membuka soletape yang menutupi mulutnya.
Giliran Emilya pula menghulurkan cermin pada Aisyila.
Dari pantulan cermin, dia nampak paras rambutnya sudah berubah di bahagian bahu, langsung tiada kecacatan dalam menggunting.
Apa maksud ketiga gadis itu?
"Alah kami tak lah jahat sangat nak botakkan rambut kau tu" ujar Emilya.
"Kami faham perasaan perempuan, korang ingat senang ke nak jaga rambut panjang? Tak eh" sambung Emilya lagi.
Aisyila mengeluh, nasib baik. Tapi dia tak boleh menafikan paras rambutnya yang cantik tergunting oleh ketiga gadis itu.
"Korang berdua taknak gunting rambut sekali ke, panjang juga tu" Damia bermain dengan gunting.
"Oh no Emy taknak" rambut yang terbiar lepas paras ketiak nya dipegang.
"Ju"
"Mia, rambut aku memang pendek kau jangan pendekkan lagi. Dah jangan nak mengidam yang pelik lagi" bisik Julia di telinga Damia, tidak ingin Aisyila mendengari nya tentang kandungan wanita itu.
"Ish tak suka nya".
"Aip kau jangan nak senyum sana, kami memang berniat nak botakkan kau pun. Ini hanya amaran pertama tau" ujar Emilya menjeling Aisyila yang tersenyum tadi
"Pakai tudung cepat, atuknda nak datang" arah Julia.
"Dafa, buang" Dafa terkejut bila pintu dibuka dan majikannya menghulurkan seplastik hitam yang diikat kemas.
"Cepat".
Dafa akur, langkah disusun ke luar ingin membuang ke dalam tong sampah. Tetapi langkah berhenti bila Raja Firhad, Putera Farin dan Uzair melangkah ke situ. Kepala ditundukkan.
"Apa itu?" Tanya Raja Firhad menuding jari pada plastik hitam.
"Tak tahu, puan muda arahkan untuk buang" Uzair kerut kening, isteri dia?
"Buka" Dafa angguk.
Damia yang kononnya ingin mengejar Dafa membulatkan mata, segera dia berlari anak mendekati keempat-empat lelaki tersebut.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Roman pour Adolescents|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...