B A B 36

161 6 0
                                    


"Kak Zufa" seru Damia perla1han melihat seorang wanita yang bertudung bersama seorang bayi dalam dukungan.

"Allahu Zufa, awak boleh duk diam tak dalam tu. Kang terbuka jahitan eh awak ni" tegas Puan Rifa memarahi anaknya yang berpantang.

Zufa mencebik, tak habis-habis mak dia marah dia tentang pantang. Orang masih kuat lah. Baru seminggu dia berpantang dan masih berbekal banyak hari lagi, Zufa menahan sabar.

"Siapa mereka mak?" tanya Zufa memandang satu persatu tetamu mereka.

Perubahan sahabat-sahabat adiknya buat dia tidak mengenali mereka. Dipandang satu persatu keempat-empat susuk itu.

"Aih Zufa oi, ni Idlan dan Aulia lah" jari Puan Rifa menuding ke arah susuk yang disebut.

Zufa berkerut kening, Idlan dan Aulia? Sahabat arwah adik dia ke? Dah besar dua-dua nya. Senyuman dilorekkan.

"Kenapa baru datang sini? Kak Zufa dan mak dah lama tunggu tau. Dah jom masuk-masuk" ajak Zufa cuba beriak tenang, sedangkan hatinya ingin sahaja menangis.

Uzair memaut tangan isterinya mengalirkan kekuatan untuk isterinya yang nampak tidak berdaya.

"Be strong my wife, everything's gonna be okay" kata-kata semangat itu dilontarkan.

Idlan dan Damia duduk di sofa yang sama berhadapan dengan Puan Rifa dan Zufa berbanding dengan Emilya dan Uzair.

Zufa memandang gadis yang sedari tadi menunduk meramas jari jemari sendiri. Dia tersenyum kelat, Aulia sekarang tidak sama seperti Aulia yang dahulu banyak mulutnya malah sekarang dia lihat gadis itu nampak cantik dan pendiam kerana usia yang meningkat.

Sebelum terarah pula pada seorang jejaka yang tidak biasa dia pandang.

"Awak berdua siapa ye? Kawan Aulia dan Id ke?" Rasa ingin tahu membuatkan dia jujur bertanya.

Emilya terkebil-kebil, gadis itu tidak mengenalinya? oh dia lupa dia memakai wajah palsunya sebagai 'Hani'.

Dijeling Damia yang memandangnya berniat ingin meminta bantuan sama ada dia perlu jujur atau membohong.

"My twin sister and-"

"Ha? Kembar awak tapi selama ini?" tampak terkejut dengan bicara nya, Zufa tergeleng tidak percaya.

Kembar? Tapi wajah gadis itu jelas berbeza dengan Damia.

"Panjang cerita dia akak, nanti Aulia ceritakan" walaupun masih terkejut Zufa mengangguk sahaja.

"Jadi, datang sini sebab arwah Ira ke?" Puan Rifa merubah topik utama.

Melihat riak diam kedua-dua sahabat anaknya buat dia tersenyum kelat. Sudah tiba masanya dia membuka cerita tentang rahsia anaknya.

"Mak sebagai pihak arwah minta maaf sebab diamkan hal sebenar yang terjadi. Ira taknak korang berdua tahu sebab dia sayangkan kamu berdua hm" Puan Rifa berujar lembut.

"Mak pun baru dapat tahu yang dia mempunyai perjanjian dengan seseorang dalam menderma hati nya sebelum kamu berdua diculik. Kalau bukan sebab mak bersihkan bilik dia mungkin sampai mati pun mak tertipu dengannya. Mak terlambat untuk semua nya, disebabkan itu dia mempercepatkan pembedahan sedangkan dia dalam keadaan yang sangat parah. Mak pujuk, Zufa pujuk pun tidak dapat menghalang keputusannya"

"Dengan ayat yang berulang sama yang mengatakan dia akan selamat dalam pembedahan itu dan menyakini kami bahawa dia akan selamat sedangkan pembedahan itu sangat berisiko tinggi. Bukan itu sahaja arwah pernah kata dia ingin menjadi salah seorang yang baik seperti papa dia, mak-" Puan Rifa menangis pilu.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now