B A B 59

74 5 0
                                    


Berlari anak Damia di ruangan istana bila suaminya yang tidak berpuas hati atas ucapannya pada Wahid di klinik tadi, bukan itu sahaja Uzair sakit hati melihat Damia yang sengaja mengenyitkan mata ke arah Wahid sebelum pulang tadi.

Api cemburu dia mencanak naik. Isteri dia sengaja mencari pasal nampaknya.

Ahli Dark Empire dan Squad Soldiers naik pening melihat dua gelagat pasangan itu, tiba sahaja di istana terus Damia mengadu ada monster yang ingin memakannya.

Damia menjelirkan lidah pada suaminya yang masam mencuka, dia terkekek mengejek di belakang adiknya.

"Akak ni dah kenapa?" ujar Emilya.

Damia hanya diam malahan mata nya memandnag berani Uzair.

"Sayang, come!" sedikit tegas Uzair memanggil.

Damia geleng.

"Abang dah penat nak kejar sayang ni" Uzair menyerah dia terduduk di sebelah Zach dan Idlan.

"Akak nak derhaka dengan suami ke, pergi sana" Emilya menarik tangan sang kakak yang menggelengkan kepala tidak mahu.

Dia tahu apa yang terjadi padanya jika dia tertangkap oleh suami sendiri.

"No, Emyyy" Uzair pantas memaut pinggang isteri tercinta sehingga terduduk di peha kirinya.

Damia lincah bergerak ingin melarikan diri dari tahanan suaminya yang erat memaut pinggang dan kedua tangannya dipegang tak lepas.

"Buat lagi tak macam tadi tu" dingin Uzair menyoal.

Yang lain hanya memerhati.

"Evelyn Eliana Puteri Alexa" Damia memuncungkan mulut, dia main nama keturunan pula.

"Buat lagi tak? Memandai je kenyit mata dengan lelaki lain depan abang hm".

Semua yang mendengar terlopong dan ada juga yang menggelengkan kepala, lahh ni kes cemburu ni patutlah Uzair nampak tidak berpuas hati.

"Evelyn Eliana Pu-" tergantung ayatnya bila Damia menekup mulut jejaka itu.

"Ish tak payahlah sebut nama keturunan, okey saya tak buat lagi" tangannya menampar lembut mukut suaminya.

"Nasib Wahid tu nak khawin dah kalau tak siap sayang abang tambah satu benih lagi dekat perut tu mahu?" terbuntang orang single mendengar.

"Jap, Wahid?" Zach menyampuk dnegan kerutan kening.

Uzair mengangguk mengelus rambut isterinya yang sudah menyandarkan kepala di bahunya.

"Dia nak khawin dan dia jemput kitaorang semua untuk datang majlis dia nanti" ujar Uzair.

"Lama menghilang sekarang dah nak khawin" Idlan mencebik.

"Dengan Arika"

"Arika!" tampak terkejut Idlan separuh menjerit.

"Ish yang kau nak jerit bagai kenapa?" Sahabatnya yang dekat dengannya itu, Damia pukul degan handbag.

Terkejut munmy preggy yang leka pejam mata tadi.

"Korang tanya dia dekat majlis dia lahh, aku nak bawa isteri aku tidur" semua hanya mampu mengangguk.

"Eh jap birthday korang malam ni kan" Emilya mengangguk teruja.

"Weh bodo aku lupa beli hadiah" Idlan membisik ayat itu di telinga Ivan.

Emilya yang masih mendengar bisikan itu menikam tajam Idlan. Idlan menggaru rambut yang tidak gatal sambil tersengih sebelum bangkit dari sofa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now