B A B 25

180 11 2
                                    

__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Bilik mereka yang berada di rumah agam mertua nya ditujui, Damia berasa penat setelah habis latihan. Dia meminta diri kepada kedua-dua mertua nya tadi yang hendak keluar berbelanja.

Laptop Uzair yang berada di atas meja belajar khas milik mereka berdua diambil sebelum dia bertiarap di atas katil. Kata kkunci laptop tersebut dibuka dan aplikasi fail dibuka.

Uzair pernah bilang jika dia ingin melihat koleksi gambar yang disimpan di peranti itu dia kena menekan aplikasi fail. Fail galeri dibuka.

Damia tersenyum nipis melihat gambar-gambar Uzair waktu kecil bersama adik beradiknya. Jejaka itu tersenyum menampakkan gigi taringnya yang tajam sewaktu kecil. Selama ini dia tidak menyedari suaminya mempunyai gigi taring.

"Kau comel, Affan" ujar nya memuji gambar kecil suaminya.

Fail kedua lagi ditekan, berbeza dengan fail sebelum ini. Fail ini menyimpan koleksi gambar Uzair bertugas sebagai tentera.

Gambar dimana Uzair mendapat pangkat dan ketika jejaka itu menyertai aktiviti ketenteraan. Ada satu gambar yang buatkan dia tergelak besar tiba-tiba. Gambar yang menunjukkan rambut Uzair dibotakkan semasa kali pertama di kem.

Amboi suka nya dia gelakkan suami.

Deringan telefonnya membuatkan gelaknya terhenti. Dengan rasa yang malas dia mengambil telefon yang sedang dicas itu.

"Assalamualaikum Lyn" pada mulanya dia hairan nama yang disebut oleh si pemanggil tetapi bila diingatkan dia hanya terdiam.

"Hm".

"Team Uzair diarahkan pulang hari ini. Lyn taknak ke sini?" Puteri Geisha takut-takut berbicara.

Damia berfikir sejenak. Dia taknak hadap sesuatu yang dia tak boleh terima jika dia ke sana nanti tetapi dia rindukan Uzair.

Hampir sebulan mereka berpisah.

"Ayahnda yang titahkan untuk Lyn ke sini, kita selesaikan masalah kita".

"Team Uzair sebenarnya telah berjaya seminggu yang lalu tetapi mereka baru sahaja kembali hari ini atas alasan tertentu" terang Puteri Geisha walaupun tahu anak buahnya itu tidak ingin tahu.

Tanpa khabar Uzair berikan kepadanya, dengan tiba-tiba pula keluarga diraja itu minta dia datang ke istana.

"Baiklah aku pergi tetapi dengan Hani dan Ju" ujar Damia.

"Hani dah ada di sini sayang"  kening Damia berkerut. Rasa curiga terhadap Hani bertambah.

"Sekejap lagi pemandu akan jemput. Kita selesaikan semuanya, Evelyn".

Panggilan dimatikan, Damia merenung skrin telefon yang mati itu. Dia rasa gementar secara tiba-tiba. Bagaimana kalau sangkaannya terhadap keluarga diraja itu salah.

Beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah kereta Honda-Hrv rtelah tiba di hadapan rumah agam mereka. Engku Qaila mengenggam tangannya erat.

"Bersabar dan dengar penjelasan mereka" nasihat Engku Qaila.

Damia mengangguk sahaja.

Kereta honda hrv itu membelah jalan raya.

"Cik puan, ada nak ke mana-mana dahulu ke? Raja Firhad menyeru untuk bertanyakan soalan ini kepada cik puan muda" pemandu pemgawal melirik dari arah cermin hadapan.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now