B A B 39

167 4 0
                                    


Tuanku  Firhad memandang dari kaca pintu cucunya yang sedang di soal siasat. Undang-undang tetap undang-undang, mereka akan selesaikan hari ini.

Salahkah seseorang terpaksa membunuh demi mempertahankan maruah diri?

Author sendiri tak berani ulas.

"Tuanku" beliau berpaling, Hanz dan Emilya yang datang bersama.

Sebenarnya kedua-dua nya kebetulan berjumpa di parking kereta.

"Ini biodata si mangsa, Dan anggota juga dapat temui rakan mangsa yang sama keadaan seperti mangsa, err maksud saya bahagian sulitnya pun ditikam oleh tuan puteri. Dia berjaya diberkas oleh pihak anggota polis yang tidak sengaja melanggar nya" lapor Hanz.

"Ngeri nya dengar" Emilya menutup kedua-dua telinga nya.

Sedangkan dia sudah lebih kenal kakak kembarnya itu.

"Emy, jangan menyibuk boleh tak? Kamu boleh tunggu atuknda di sana hm" arah Tuanku Firhad sedikit tidak suka dengan cucu kedua nya yang suka menyibuk.

"Baiklah Tuanku" ujaran penuh hormat itu buat beliau tergelak kecil sebelum rambut itu dielus.

"Mana Uzair?" kelibat Uzair tadi menghilang setelah mereka tiba di balai polis.

"Dia tengah berusaha mencari bukti untuk keluarkan tuan puteri" balas Hanz.

Pintu bilik siasatan dibuka dari dalam menyentakkan kedua-dua mereka. Seorang anggota polis atasan memberi tunduk hormat kepada Tuanku.

"Tuan puteri nampak trauma bila saya tanya tentang kes penculikan yang pernah dialami dahulu, dia akan diam pada soalan itu" ujar inspector tersebut.

"Jadi bagaimana dengan kes dia?" Tumpuan Tuanku Firhad tetapi ke arah cucu nya yang nampak kusut di dalam bilik itu.

"Maafkan saya Tuanku, kami akan buat soal siasat yang kedua sehingga saya dapat kesan bukti yang sebenar. Saya tak boleh buat apa-apa kerana ini tugas saya yang diarahkan oleh angkatan yang teratas" inspector tersebut menunduk 90 darjah.

"Saya tak salahkan mana-mana pihak, undang-undang negara tetap kita patuhi" ayat itu disetujui mereka semua.

"Ayahnda" panggilan Putera Farin disahut oleh Tuanku Firhad.

"Saya minta diri dulu, Tuanku".

"Kenapa anaknda lewat datang ke sini?".

"Farin ambil Geisha tadi, lagipun penyamaran Farin tadi digantikan lagi" Tuanku Firhad mengangguk faham dengan ayat itu.

Puteri Geisha berusaha memulas tombol pintu bilik siasatan yang dikunci, dia kasihan kan anaks saudaranya yang tertunduk sahaja di dalam.

"Isha sabar, kami berusaha mencari bukti" Puteri Geisha mendekati ayahnda nya.

"Evelyn tak salah ayahnda, dia pertahankan dirinya daripada raped" ujar Puteri Geisha tak berpuas hati.

"Ayahnda tahu nak, awak dengan Emy memang sama kan" tergeleng-geleng kepala beliau dengan gelagat dua puteri nya.

"Kasihan Evelyn ayahnda, dia sudah cukup penat selama ini" ujar Puteri Geisha.

"Bermula dengan zaman kecilnya yang tidak pernah sempurna sehingga sekarang, dia asyik jadi mangsa Raja Daus".

"Dengan identiti nya yang telah diketahui orang ramai buat dia banyak dapatkan ancaman" Geisha menahan sebak.

"Emy pun rasa bersalah" sampul Emilya.

"Sepatutnya biarlah Emy yang terima risiko nya demi kakak" ujar Emilya.

Putera Farin naik pening kepala "Both of u too, kamu bertiga menjadi aim untuk menghapus waris ayahnda" ujar Putera Farin sedikit tegas.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now