MUA : nv 1

2K 40 2
                                    


So lets start our new version

Happy reading!

__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
___________

♡♡♡

Damia Aulia mengintai sekumpulan pelajar lewat bersama guru disiplin yang berada di hadapan pagar, dia mendengus kasar di sebalik persembunyian tembok.

Karang kalau dia masuk ke dalam dia pun turut didenda nanti. Tulah Damia siapa suruh main ps2 lagi malam-malam buta sehingga lewat.

Perlahan-lahan kakinya melangkah untuk ke belakang kolej dimana dia rasakan tempat itu selamat untuk masuk.

Tembok besar dipanjat dengan usaha, aih nasib dia pakai baju sukan memudahkan kerjanya.

"Selamat aku" baju sukan dikibas-kibas untuk menghilangkan debu.

"Damia Aulia Tengku Awangku" terhenti satu langkah apabila namanya diseru oleh seseorang yang dia cukup kenal.

'Aik, macam mana si botak ni ada kat sini pula' pelik bicara hatinya berbicara.

Cikgu Hanif ialah guru disiplin yang merangkap ketua, tidak hairan lah kenapa Damia pelik. Sebab tadi Cikgu Hanif elok je di kawasan depan sekarang berhadapan dengannya, mampus aku.

"Office now" Cikgu Hanif sengaja melibas rotannya ke udara.

Damia Aulia mengeluh terpaksa lah dia mengikuti langkah cikgu botak itu.

Selesai urusan bersama guru disiplin dia melangkah di koridor untuk memasuki kelas sastera iaitu K9.

Beg galas diletakkan diatas kerusi sebelum dia duduk dan menyembamkan wajah disebalik lengan dia atas meja dan tidur.

Rakan semeja nya hanya memandang sebelum menggeleng, Humaira kenal sangat dengan perangai Damia yang pemalas.

Damia yang sedang tidur ayam mengangkat kepala bila meja nya dirasa seperti diketuk. Kening dijongket atas tanda kenapa.

"Di sekolah belajar bukan asyik tidur je" ujar lelaki bernama Afiq itu.

"Do I care?" balas Damia bersahaja, badan disandarkan pada kerusi dengan tangan yang memeluk diri.

"Wa tak dayus tau, bangun. Cikgu dah sampai tu" jari dituding ke jendela dimana madam Rez sedang berjalan ke arah kelas mereka.

Damia merenung ke luar jendela, dia suka duduk di antara jendela yang memaparkan suasana kawasan luar kolej, kalau dulu dia duduk di tengah amatlah membosankan. Maka itu dia pilih untuk duduk di antara jendela sekarang dimana kawasan padang jelas terlihat.

Dia tersenyum kecil melihat pelajar kelas sukan yang sedang membuat aktiviti, pelajar junior. Matanya tertancap beberapa pelajar junior yang sedang bermain bola tampar. Keluhan dilepaskan.

Bola tampar merupakan sukan yang dia minati sejak kecil dulu, tapi disebabkan kejadian suatu ketika dahulu di mana dia telah dituduh membuatkan nama nya di black list untuk mengikuti mana-mana aktiviti berkaitan bola tampar.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now