__________
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Qaira Iris meremas jari jemarinya lembut, persoalam dari Puan Soleha dibisukan. Perasaan takut dan malu saling bertemu, malu sebab dipandang oleh Usman yang sedang menanti lampu isyarat bertukar.
Ya Allah ummi! Tolong Iris!
"Makcik err boleh turun kan saya kat sini je lah" entah sejak bila suara seorang Qaira menjadi lembut seperti perempuan melayu terakhir. Amboi!
"Eh apa cakap macam tu, kita kan berjiran je sekali lah" Puan Soleh menghalang.
Usman yang sudah fokus memandu dipandang, Puan Soleha memegang tangan anaknya membuatkan jejaka itu berpaling seketika.
"Boleh kan Khair?".
Khair? Usman Khair, Qaira tersenyum dalam diam. Cantik nama seperti tuannya, eh.
Deringan telefon membuatkan imaginasi Qaira hancur, telefon diambil dari beg.
'abang amir (along)
"Abang".
"Adik kat mana, abang dah-"
"Adik err dah nak balik, abang balik je lah" Qaira menggigit bibir takut berbicara dengan si sulung.
"Ha adik naik apa? Abang kat sebelah kereta adik ni" .
"Err pulang je lah, nanti adik cerita. Bye long".
Panggilan dimatikan, kepala didongak. Di situlah jantungnya berdegup kencang apabila pandangan dia dan Usman bertaut melalui cermin hadapan.
Yang membuatkan dia ingin pengsan dan cair apabila jejaka itu memaparkan senyuman dan lesung pipit yang hanya satu di belah pipi kanan.
Arghhh, Qaira menjerit dalam hati.
Bayang Naim hilang entah ke mana, dihantui pula dengan Usman hm.
Qaira membuka pintu kereta, kedua-dua ibu bapa nya sudah menanti dirinya di hadapan rumah setelah mendapat khabar melalui Amir tadi.
"Iris sayang" Engku Qaila memeluk anak gadisnya.
"Okey tak hm?" Engku Emir pula mendekatinya dan membelai rambutnya.
"Iris okey, nasib baik ada Puan Soleha dan Khair eh Usman" tertunduk Qaira mengutuk diri sendiri kerana tersalah panggil.
"Terima kasih Leha" Engku Qaila dan Puan Soleha membalas senyuman.
"Kalau begitu saya pulang dulu yah".
"Kejap makcik" panggilan Qaira menghentikan Puan Soleha.
"Terima kasih dan saya minta maaf kalau menyusahkan makcik dan Usman tadi" tangan lembut Puan Soleh disalam.
Dia bukan saje-saje dan mengada ambil hati mak kepada encik crush tetapi ibu bapanya mendidiknya untuk hormat orang tua.
"Takde lah, dah takdir makcik tolong awak tadi. Hati-hati yah" Puan Soleha tersenyum manis.
Pemergian Puan Soleha dipandang, Qaira menyembunyikan perasaan gembira nya. Perwatakan Usman copy paste dengan Puan Soleha. Walaupun wanita itu berniqab tetapi melalui mata Qaira pasti wanita itu cantik dan seiras Usman.
'streett
Kereta honda jazz milik Amir berhenti secara mengejut, bukan setakat kereta yang mengejut tetapi Qaira dan kedua-dua ibu bapanya.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Novela Juvenil|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...