Di bilik mesyuarat, suasana terasa tegang. Semua anggota Hazard duduk tegak, pandangan mereka terpaku pada layar slaid. Hud mengetuk jari di atas meja, perlahan tetapi konsisten, sementara Lee Han menyandarkan tubuhnya ke kerusi, matanya sempat melirik ke arah pintu seperti sedang mengira masa yang berlalu.
Superintenden Aminuddin berdiri di hadapan bilik. Tangan kanannya memegang alat kawalan untuk slaid, sementara tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluarnya, gaya yang menyerlahkan ketenangan seorang ketua.
Semua dah ada?" soalnya tegas, matanya mengimbas wajah setiap anggota.
"Dah, tuan!" mereka menjawab serentak, nada penuh disiplin.
Superintenden Aminuddin menekan butang alat kawalan, memaparkan beberapa imej lokasi. "Malam ini kita ada operasi besar. Lokasi pengedaran dadah berjaya dikesan, dan target utama kita adalah kumpulan yang menjual dadah jenis Royal Blue di sebuah kelab malam."
Suasana tegang menyelubungi bilik mesyuarat. Gambar-gambar lokasi kelab terpampang jelas, dari pintu masuk, kawasan bar, dan tempat pelanggan berkumpul.
"Saffaraz," Superintenden Aminuddin memanggil, memandang lelaki yang dikenali dengan kod Lion. "Saya serahkan tugas ini kepada kamu untuk membahagikan peranan."
Saffaraz bangkit, mengemaskan topi beretnya sebelum bersuara. "Operasi ini akan lebih kompleks dari biasa. Lokasi sasaran kita adalah sebuah kelab malam, tempat yang penuh dengan orang awam dan berisiko tinggi. Jadi, kita semua perlu kekal pada peranan masing-masing, tetapi aku akan sesuaikan taktik mengikut situasi."
Saffaraz memandang satu persatu ahli pasukannya. "Wolf dan Ghost," panggilnya sambil memandang Keane dan Brian. "Korang berdua menyamar sebagai pelanggan. Fokus pada mencari pengedar dadah dan cuba dapatkan maklumat tentang pergerakan mereka di dalam kelab. Jangan buat sebarang tindakan melulu kecuali keadaan mendesak."
Keane menyambut arahan dengan yakin. "Faham, Capt. Kami akan kumpul sebanyak mungkin intel."
"Hunter," Saffaraz berpaling kepada Lee Han. "Kau godam sistem keselamatan kelab. Kalau aku beri arahan, matikan lampu untuk kacau pergerakan mereka. Pastikan komunikasi kita selamat sepanjang masa."
Lee Han mengangguk tanpa berkata.
"Eagle dan Zero," Saffaraz meneruskan, melihat Hud dan Ansh Dhru. "Kalian ikut aku serang dari pintu belakang. Bila lampu padam, kita bergerak masuk."
Hud menjatuhkan kepala beberapa kali. "On," ringkas jawapannya.
"Roger, capt," balas Ansh pula.
Malam itu, kelab malam dipenuhi manusia, lampu-lampu neon berkelip dengan muzik menghentam setiap dinding. Brian dan Keane berjaya menyelinap masuk dengan kad keahlian yang diperolehi hasil usaha Lee Han. Di bawah cahaya malap, mereka mengamati suasana.
"Lion, terang-terang mereka buat jual beli dadah dalam ni," suara Brian datang melalui alat komunikasi, nadanya perlahan tapi padat dengan rasa kurang percaya. Kamera kecil di tangannya mengarah ke sudut kelab di mana dua lelaki sedang bertukar bungkusan.
"Ghost, jangan alihkan kamera. Stay dekat situ," suara Saffaraz masuk, tenang tetapi tegas.
"Roger capt," jawab Brian, fokus matanya tidak terganggu.
Tiba-tiba, keadaan bertukar apabila Keane ditarik oleh dua lelaki berbadan besar ke dalam sebuah bilik.
"Lion! Wolf dah kena heret dengan bodyguard Chong," suara Brian kedengaran panik tetapi masih terkawal.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Боевик📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
