"Kau bayangkan, sampai macam tu sekali mama risau pasal keselamatan aku," Elrah mengeluh sambil memandang Natasha, meluahkan rasa.
Natasha mengangguk. "Tapi kan, aku rasa ada betul juga apa aunty cakap. Kau sebenarnya masih belum selamat. Polis pun belum dapat kenal pasti siapa yang ikut kau malam tu." Dalam hati, Natasha turut memahami kebimbangan Puan Farida. Dia sendiri hampir pitam mendengar cerita Elrah semalam. Mujur tiada apa-apa buruk yang terjadi.
"Kalau kau tak nak susahkan Neeta atau Meen, apa kata lepas ni aku je yang jadi PA kau?" Natasha memberi cadangan sambil mengangkat kening.
Elrah memandang Natasha semacam, sudah dapat menangkap niat tersembunyi di sebalik tawaran itu. "Okey, spill. Kau mesti nak sesuatu, kan?"
Natasha tersenyum lebar. "Aku nak kau sponsor baju kahwin aku nanti," wajahnya penuh pengharapan.
"Babe, wedding kau lambat lagi, lagipun kita dah setuju yang aku akan sponsor baju kau untuk majlis dengan Danial nanti," Elrah tersenyum sambil mengingatkan Natasha tentang janji itu. Sebenarnya, Elrah sudah lama siapkan rekaan khas untuk hari istimewa sahabat baiknya itu.
"Thank you, babe! Kau lah sahabat yang paling aku sayang!" Natasha memuncungkan bibirnya, seolah-olah ingin mencium Elrah. Namun, Elrah cepat-cepat mengelak. Bukan tak suka, cuma dia tak biasa dengan gaya begitu.
"Of course, kau ada kawan baik lain ke selain aku?" Elrah mengangkat sebelah kening.
"Aku tahu kau tak sanggup bermadu, jadi hanya dirimu seorang sahaja buah hati pengarang jantung hamba," Natasha membalas dengan penuh drama, membuatkan Elrah tergelak.
"Betul ni kau nak jadi PA aku untuk sementara waktu?" Elrah mengulang soalan, matanya memerhati Natasha dengan penuh teliti. Dia cuba meneka, seriuskah Natasha, atau ini sekadar pancingan untuk dia sponsor baju kahwin sahabatnya itu.
"Ya, babe, lagipun aku risaukan kau," jawab Natasha kali ini dengan nada serius.
"Tapi macam mana dengan kedai kau?" Elrah bertanya. Natasha mempunyai kedai haiwan peliharaan yang juga menawarkan pakej rawatan seperti spa untuk kucing. Sejak zaman sekolah lagi, Natasha memang pecinta haiwan.
"Apa guna aku ambil pekerja sampai dua orang kalau semua nak harapkan aku?" Natasha menjawab dengan yakin. "Don't worry, babe, diorang boleh tolong jaga kedai ni, aku sementara aku tak ada."
Elrah menghela nafas lega. "Thank you, Tasha," sungguh dia beruntung punya kawan seperti Natasha.
"Tak ada hal lah, El," balas Natasha.
"Tuan, ada staf beritahu saya tadi, tuan nak jumpa saya."
Superintenden Aminuddin yang sibuk menulis laporan meletakkan pen di atas meja, dia mendongakkan kepala untuk melihat pemilik suara itu. "Ya, saya nak jumpa awak. Duduk, Haraz," katanya, sambil memberi isyarat ke arah kerusi di hadapannya.
Saffaraz menarik kerusi tersebut dan duduk. "Ada apa, tuan?" soalnya.
"Kes kumpulan 06 masih belum selesai,"wajah Superintenden Aminuddin menunjukkan keseriusan.
Wajah Saffaraz berubah sekelip mata. Sebelah tangannya mengenggam pegangan kerusi, matanya membulat. "Maksud tuan?" dahinya berkerut tanda tidak puas hati.
Superintenden Aminuddin menghela nafas panjang. "Ketua kumpulan 06 sebenarnya bukan Toni tetapi abang dia, Ren."
Saffaraz terduduk sejenak, tidak percaya. "Mana tuan dapat maklumat ni?" Saffaraz menanti jawapan, ingin tahu dari mana sumber pendedahan ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
