Sampai sahaja mereka di restoran, mereka membawa diri masing-masing untuk memilih makanan. Banyak kuih-muih tradisional yang dihidangkan untuk minum petang.
"El, kau nak makan apa?"Tanya Natasha.
Mata Elrah meliar melihat setiap sajian yang dihidangkan, semuanya membuka selera. "Aku tak tahu, banyak sangat pilihan."
Natasha mengangguk tanda setuju, dia sendiri bingung mahu pilih yang mana.
Lima minit juga mereka berdiri statik sehingga Saffaraz, Hud, dan Ben sudah selesai memilih makanan, mereka masih dalam dilema.
"Yang korang berdua tercegat dekat sini kenapa?" Ben menyoal sambil menayang wajah keliru.
"Aku dengan El tak tahu nak ambil apa, semua nampak sedap," jujur Natasha menjawab. Ben menepuk dahi.
"Kau berdua ni kan, pergi la pilih apa-apa dulu. Nanti susah bila ramai yang dah mula masuk," ujar Ben.
"Betul juga apa kau cakap, jom Tasha," Elrah menarik tangan Natasha.
"Jom kita cari meja kosong," ajak Ben pada Saffaraz dan Hud.
Selepas mereka mendapat tempat duduk, tak lama kemudian Elrah dan Natasha mula mendekati mereka.
"Wow, tak diet ke kau El?" Ucap Ben selepas melihat pinggan Elrah.
"Ni kuih je Ben, tak adanya gemuk kalau aku makan banyak," lagipun sudah lama dia tak makan kuih tradisional.
Maklumlah dia kan 'minah salleh celup', opss.
"So kau kerja apa sekarang Ben?" Natasha menyoal.
"Aku ingat kau dah lupa." Baru dia tak nak ulang apa yang dia cakap pada Elrah.
Ben memiliki sikap yang tidak suka ulang apa yang dia cakap, sejak dari sekolah lagi dan mereka berdua tahu.
"Disebabkan kau, aku cerita balik." Ben memulakan mukadimahnya dan Natasha tekun mendengar.
Saffaraz memerhati Ben dari atas sampai bawah. Patutlah penampilan lelaki ini nampak mewah. Rupa-rupanya memiliki perniagaan di Perancis.
"Tak sangka aku, kau dah jadi CEO," ujar Natasha dengan rasa kagum.
Ben tayang muka bangga.
"Kau kalau tak tunjuk muka macam tu tak boleh ke?" Elrah menyampuk.
"Alaa chill la," Ben mengenyitkan mata, namun Elrah buat tak tahu dan sambung makan tanpa mempedulikan cerita Ben.
Nak dengar sampai dua kali buat apa.
Bosan.
Saffaraz lihat ketika Ben mengenyitkan mata pada Elrah. Entah kenapa satu perasaan aneh muncul dalam dirinya. Rasa yang sukar untuk digambarkan.
Saffaraz memerhatikan reaksi Elrah yang selamba sahaja ketika Ben mengenyitkan mata padanya. Dalam diam, hatinya sedikit terusik.
'Kenapa aku rasa tak selesa? ' fikir Saffaraz, namun wajahnya kekal tenang seperti biasa.
Dia cuba mengalihkan perhatian dengan meneguk kopi di hadapannya, tetapi fikirannya terus bermain dengan adegan tadi.
Ben dengan gaya santai, terus bercerita tanpa menyedari perubahan kecil pada ekspresi Saffaraz. Sementara itu, Elrah kelihatan sibuk menikmati kuih-muih di dalam pinggannya.
Hud perasan ketegangan kecil yang muncul di antara mereka. "Kau okey, Haraz?" Dia bertanya dengan nada perlahan, hanya cukup untuk didengar oleh Saffaraz.
"Okey je," balas Saffaraz ringkas, tetapi mata tajamnya sesekali melirik ke arah Elrah, yang kini sedang tersenyum sambil berbual dengan Natasha.
'Apa yang kau rasa ni, Haraz? ' bisiknya dalam hati. Namun, seperti biasa, dia memilih untuk menyimpan perasaan itu sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
