"Inilah rumah kita, masuklah." Saffaraz membuka pintu rumah dua tingkat miliknya.
"Cantiknya rumah you," ucap Elrah, matanya bersinar kagum melihat reka bentuk moden dan elegan rumah itu. Dari luar sahaja sudah cukup untuk membuatnya terpesona, dan kini, melangkah ke dalam, dia hampir ternganga.
Suasana rumah ini mengingatkannya kepada Cullen's House dalam Twilight, tetapi dengan sentuhan lebih privasi.
Dia suka!
"You design sendiri ke rumah ni?" soalnya sambil matanya terus meneliti setiap sudut.
"Ha'ah. Rumah ni baru siap tahun lepas. Saya kumpul duit sikit-sikit, bila dah cukup, baru saya design ikut citarasa sendiri."
Elrah mengangguk faham. Saffaraz bukan jenis lelaki yang suka membazir, dia tahu itu.
"Nak tour rumah dulu atau nak bawa masuk barang El?" Saffaraz memberi pilihan.
"Tour rumah dulu, then baru kita bawa masuk barang I, okey?" jawab Elrah dengan teruja.
"So, shall we, Mrs. Aslan?" Saffaraz menghulurkan tangan kepadanya.
"Let's go!" Elrah pantas menyambut huluran tangan suaminya.
Dia suka panggilan itu. Mrs Aslan.
"You kena selalu panggil I Mrs. Aslan. I suka," sempat lagi dia mengusik manja.
"Tengoklah macam mana nanti." Saffaraz sengaja mengusik.
"You ni!" Elrah terus memukul lengannya.
"Tak sakit pun." Saffaraz tersenyum nakal.
"Ohhh... tak sakit ya? Siap you nanti!" Elrah menjeling sambil mengepal penumbuk kecilnya.
Sampai di dapur, mulut Elrah terkatup. Rumah ini bertemakan warna putih, kelabu, dan hitam, tipikal warna pilihan lelaki, tapi tetap tampak estetik dan moden. Susunan perabot dan peralatan dapur tersusun begitu rapi.
"I love it. Aesthetic," luahnya dengan penuh kekaguman.
Namun, senyumannya tiba-tiba memudar.
Saffaraz perasan perubahan itu.
"Kenapa? Ada apa-apa yang El tak suka?"
Elrah menggeleng.
"You tahu kan, I tak pandai masak. I rasa serba salah dengan you. Hantaran I mahal, tapi I boleh masak spaghetti je." Suaranya kedengaran sayu.
"Kalau macam tu, saya cari isteri lain..."
"Aduh!" Saffaraz terus memegang lengan yang dicubit kuat oleh Elrah.
"Baru berapa hari kahwin, dah berani nak cari isteri lain? Kalau macam tu, I pun boleh cari suami lain!" Elrah berpaling, memeluk tubuh.
"Oh no, you can't." Saffaraz pantas menarik tubuhnya kembali. Tangannya mencengkam lembut dagu Elrah, memaksa menatap wajahnya.
"Over my dead body first. You're mine, Elrah. No other man can touch you as long as I'm here." Matanya tajam menikam pandangan Elrah.
Elrah menelan air liur. Sifat posesif suaminya membuatkan dia sedikit gementar, tapi dalam masa yang sama, jantungnya berdegup kencang.
"Do you copy that my dear, Mrs Aslan?"
Kali ini Elrah kalah, dia mengangguk pasrah.
"Soal masak El jangan risau, saya yang akan masak. Kemas rumah kita akan buat sama-sama atau El nak saya upah pembantu untuk kemas rumah ni?" dia mahu mendengar pendapat Elrah.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
