• A S L A N • 3️⃣9️⃣

1.2K 96 20
                                        

"El," panggil Saffaraz seraya sentuhan lembut di bahu isterinya. 

Elrah berpaling dan menyahut panggilan Saffaraz.

"El setuju tak kalau esok kita pindah masuk rumah saya?" perlahan saja nada Saffaraz, bimbang perkara ini tidak mendapat persetujuan Elrah.

Namun, reaksi isterinya bertentangan dengan itu. 

Mata Elrah membulat teruja, bibirnya ternganga sebelum tangannya spontan menggenggam jari Saffaraz di bahu. Kepala dijatuhkan beberapa kali tanda bersetuju. "Setuju, setuju!"

Hatinya berbunga, entah kenapa dia begitu teruja. Mungkin kerana selepas ini, mereka akan tinggal hanya berdua, tanpa gangguan sesiapa.

Heheheheh...

"I nak pergi kemas baju!"  

Namun, belum sempat kakinya mencecah lantai, Saffaraz menarik tangannya, menyebabkan dia terduduk semula di atas katil.

"Kita kemas esok la," cadang Saffaraz, matanya redup memerhati wajah isterinya yang jelas tidak berpuas hati.

"Tapi banyak benda yang I nak kemas! Baju-baju I banyak nak bawa. Kalau tak mula dari sekarang, memang tak pindah la kita esok."

Saffaraz tersenyum kecil. "Esok saya tolong El kemas, okey?" rambut separang pinggan Elrah diusap perlahan.

Elrah mengerutkan dahi sebelum mengecilkan mata. "You betul nak tolong I esok?"

Saffaraz mengangguk.

Yeayy! Sayang you!" Spontan Elrah memeluk Saffaraz, membuatkan lelaki itu terkedu. Apatah lagi, haruman losyen isterinya yang lembut dan manis menyelinap masuk ke dalam deria baunya, membuai dirinya dalam perasaan yang sukar diungkapkan.

"Kalau macam tu, jom tidur," ajak Elrah, menarik lengan suaminya untuk berbaring.

Saffaraz hanya menurut, seolah-olah dipukau. Namun, sebaik sahaja belakangnya menyentuh tilam, fikirannya kembali sedar.

'Bila masa aku dah terbaring ni?'

Matanya melirik ke sisi, memandang Elrah yang sedang leka memeriksa telefon bimbit.

"El tengok apa?" Saffaraz merapatkan badannya sedikit, cuba mengintai skrin telefon isterinya.

Elrah pantas menjauh, sambil memadangnya sekilas. "Eh, you tak boleh tengok!"

Tanpa sedar, tubuhnya semakin berganjak ke tepi, hingga punggung sebelahnya hampir tidak mencecah tilam.

"Kenapa tak bagi saya tengok? El ada lelaki lain ke?"

Elrah hampir tergelak tetapi sempat menahan diri. "Sampai macam tu sekali you fikir? Tak baik tuduh I macam tu." Nada suaranya dibuat-buat seperti terasa hati.

Melihat Saffaraz semakin mendekat, Elrah terus mengundur ke belakang dan akhirnya, dia hilang imbangan!

"Ahh!"

Tubuhnya hampir tersembam, namun sebelum sempat dia menyentuh lantai, tangan kuat Saffaraz menarik lengannya, menyebabkan dia terhumban semula ke atas katil. Tetapi, kali ini, tubuhnya menindih suaminya.

Mata mereka bertaut.

Senyap.

Jantung masing-masing berdegup kencang.

Tiba-tiba... chup!

Elrah tersengih nakal.

"Sorry, I tak sengaja." Matanya bersinar-sinar. "You nampak handsome sangat malam ni." Elrah mengusap perlahan rahang milik suaminya

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang