Lewat malam mereka tiba di rumah. Sebelum pulang, sempat mereka singgah di rumah orang tua Elrah. Puan Farida dan Superintenden Aminuddin menahan mereka untuk makan malam. Suasana meja dipenuhi dengan perbualan dan gelak tawa yang tercetus apabila Elrah mengusik ayahnya, hingga tak sedar jam sudah mencecah angka 11 malam.
Puan Farida ada pelawa mereka untuk tidur di sana, tetapi Elrah dan Saffaraz menolak. Rumah mereka sudah agak lama ditinggalkan
"El naik dulu, saya nak ambil beg dekat dalam kereta," ujar Saffaraz.
Elrah mengangguk kecil, tangannya menggenggam anak tangga sambil melangkah perlahan naik ke bilik.
Setibanya di bilik, Elrah terus mencapai tuala dan melangkah ke bilik air. Badannya lenguh dan melekit akibat perjalanan yang panjang membuatkan dia tidak mahu berlengah untuk membersihkan diri.
Sementara itu, Saffaraz meletakkan beg pakaian di dalam wardrobe. Bunyi pacuran air dari bilik mandi menyapa telinganya, menandakan isterinya sedang mandi.
Dia melabuhkan punggung di atas katil, menarik telefon dari poket seluar. Sepanjang percutian, dia jarang membuka telefon. Masanya hampir 100% milik Elrah. Namun kini, skrin menyala, dan satu mesej muncul.
Hud
>Harini kau balik kan? Esok aku ada perkara nak beritahu kau.
Satu pesanan ringkas, tapi cukup membuatkan dahi Saffaraz berkerut.
“You…”
Suara lembut itu mengejutkannya. Dia angkat wajah. Elrah baru keluar dari bilik mandi, rambutnya masih lembap, tubuh dibaluti bathrobe putih.
“You okey?” soal Elrah sambil menghampirinya.
“Saya okey,” jawab Saffaraz, tersenyum. Matanya sempat melirik tubuh isterinya.
“Tak sejuk ke? Pergilah tukar baju.”
Elrah tersenyum nakal. “Kenapa? You tergoda ke tengok I pakai macam ni?” jarinyanya mencuit dagu Saffaraz manja.
Saffaraz menutup mata seketika, cuba menahan diri. “Lebih baik El tukar baju sekarang…”
“You ni kan...” Elrah merungut manja. “Macam tak biasa pula tengok I pakai macam ni.”
"Suka hati El lah. Saya nak pergi mandi." Saffaraz berura-ura untuk bangun.
Namun Elrah bertindak lebih pantas. Dia menghalang laluan suaminya, tangannya menolak dada Saffaraz duduk semula sebelum melabukan punggung di atas peha suaminya.
Wajahnya nakal, penuh menggoda.
"You ni, sejak bila dah mula takut dengan I? Bukan ya I nak makan you pun," katanya sambil memandang tepat ke anak mata Saffaraz.
"Er... El beratlah. Cuba bangun sekejap."
Terbuntang mata Elrah. "What?!"
“Berani you cakap I berat?!” Elrah bercekak pinggang, wajahnya mula memerah. Antara geram dan terkejut.
Dia mula bangun dari riba Saffaraz.
Wajah Saffaraz mula panik. "Bu... Bukan itu maksud saya..." Saffaraz cuba capai tangan Elrah, namun isterinya segera menyembunyikan tangan ke belakang badan.
“Malam ni you tidur sorang dalam bilik!” katanya keras, lalu bangkit dan meluru keluar.
“El, tunggu!”
Saffaraz mengejar. Tapi belum sempat dia menahan, pintu bilik tetamu sudah tertutup dan berkunci dari dalam.
“El! Saya tak maksud macam tu. Maksud saya... kedudukan El tadi... buat saya rasa tak selesa.” Suaranya kedengaran serba salah dari balik pintu.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
