• A S L A N • 1️⃣9️⃣

1.3K 83 9
                                        

Restoran Perancis itu dipenuhi aroma mentega dan herba yang harum. Hiasan elegan dan muzik piano yang lembut memenuhi ruang, mencipta suasana yang santai tetapi mewah. Meja panjang yang ditempah oleh Elrah terletak di sudut restoran, memberikan privasi kepada mereka semua

Beberapa minit kemudian, pintu restoran terbuka. Kelibat Elrah melangkah masuk, lengkap dengan blazer berwarna khaki dan tailored pants berwarna senada. Stiletto berkilauan di kakinya menghasilkan bunyi sewaktu dia melangkah.

"Maaf lambat," ucap Elrah sambil menarik kerusi di sebelah Natasha. Senyuman lebarnya membuatkan semua mata tertumpu kepadanya.

"Tak apa, Cik El," sahut Brian dengan senyuman mesra, "Cik Natasha dah siap pesan makanan untuk cik."

"Oh... Okey," balas Elrah sambil mengerling Natasha. Mereka bertukar pandangan dengan senyum kecil, sudah sepakat tentang pemilihan makanan.

Elrah melabuhkan pandangan ke arah Saffaraz. Lelaki itu kelihatan sibuk menatap skrin telefonnya, seolah-olah tidak menyedari kehadirannya. Bibir Elrah melengkung sedikit.

'Eleh, pura-pura sibuk, konon tak mahu I ganggu you.'

Dia mengetuk jari di atas meja, sebelum bersandar di kerusi. Pandangannya tidak beralih dari Saffaraz.

"Busy betul dengan telefon, orang lain semua sibuk berbual," tegur Elrah santai, sambil menongkatkan dagu memandang Saffaraz.

Elrah tidak berputus asa. Dia menyilangkan tangan, memiringkan sedikit kepala sambil melepaskan nafas. "Rupanya dekat sini ada seketul tunggul ya?"

Saffaraz akhirnya meletakkan telefonnya ke atas meja dengan gerakan perlahan. Dia memandang Elrah, pandangannya tajam seperti anak panah.

"Cik Elrah memang tak ada kerja lain ke selain dari tengok saya?" Soalnya dengan nada rendah tetapi cukup menikam.

Elrah mengangkat kening, senyumnya tidak goyah. "Ni la kerja I, jadi stalker you," balasnya sambil mengenyitkan mata kanan, sengaja menambahkan elemen menggoda.

Natasha di sebelahnya menahan senyum sambil menyedut air, cuba mengawal ekspresi wajahnya. Hud pula memalingkan muka, tidak mahu ketawanya meletus.

Saffaraz menarik nafas panjang, cuba meredakan hatinya. 'Ya Allah, Engkau berikanlah aku kesabaran,' doanya dalam hati.

Saat itu, makanan mereka dihidangkan. Pelayan meletakkan pinggan demi pinggan dengan cermat, aroma wangi masakan menguasai meja mereka.

Tidak seperti dulu, Elrah menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Hud, sebelum dia mencapai sudu dan garpu. "Selamat makan semua," ucap Elrah ceria.

Sepanjang makan tengah hari, Elrah tidak lagi mengusik. Sebaliknya, dia sibuk berbual dengan Natasha, sesekali ketawa kecil. Namun, matanya beberapa kali mencuri pandang ke arah Saffaraz.

Dan setiap kali pandangan mereka bertembung, Elrah hanya menghadiahkan senyuman memukaunya, namun ia sudah cukup membuatkan Saffaraz resah.









Pagi Sabtu itu, cahaya matahari pagi menyirami halaman rumah Natasha. Elrah berdiri di hadapan pintu, membawa dua bungkus nasi lemak dari gerai Pakcik Wahid yang terkenal dengan sambal tumisnya.

Dia masuk tanpa memberi salam kerana Natasha pernah beri Elrah kunci pendua, katanya kalau ada apa apa jadi senang.

Sebaik sahaja pintu di buka, langkahnya segera terhenti. Pandangan matanya menangkap ruang tamu yang tidak ubah seperti zon bencana.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang