Sebaik sahaja tiba di hospital, Wendy sudah berdiri di hadapan pintu masuk, wajahnya serius. Tanpa berkata banyak, dia terus memimpin jalan.
"Jom, ikut I," katanya, sambil melangkah pantas menuju ke arah lif.
Hud dan Saffaraz segera mengejar langkah Wendy. Walaupun tubuhnya kecil, langkah Wendy begitu laju, hampir mengalahkan mereka yang berkaki panjang.
Pintu lif terbuka, dan mereka bertiga melangkah masuk. Wendy menekan butang nombor 3, menuju ke tingkat di mana bahagian forensik terletak.
"You nak tunjuk apa dekat kami, Wendy?" Hud tidak dapat menahan rasa ingin tahu.
Wendy menghela nafas, seolah-olah mencari kekuatan untuk menjawab.
"You guys not gonna be happy with this." Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya.
Hud membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut, tetapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, siku Saffaraz hinggap di lengannya. Saffaraz memandangnya dengan mata yang tajam, memberi amaran agar dia diam.
Hud faham isyarat itu. Dia hanya mengangkat tangan menyerah dan menutup mulutnya rapat-rapat.
Setelah beberapa detik yang terasa seperti selamanya, lif berbunyi, menandakan mereka telah tiba di tingkat tiga. Pintu terbuka, dan Wendy keluar dengan langkah yang lebih laju daripada sebelumnya.
Mereka berhenti di hadapan bilik bedah siasat. Wendy menolak pintu dengan perlahan, membiarkan mereka masuk.
Di dalam bilik itu, terdapat tubuh kaku yang terbaring di atas meja besi, ditutupi kain putih.
"Ready?" Wendy menatap mereka, memastikan mereka bersedia untuk apa yang bakal mereka saksikan.
Saffaraz dan Hud hanya mengangguk. Tiada pilihan, mereka perlu menghadapi realiti.
Wendy menyelak kain putih itu, memperlihatkan wajah mayat di bawahnya.
"Closer," Wendy memanggil mereka, suaranya hampir berbisik.
Hud memerhatikan wajah yang kini kaku itu, kemudian mengeluh berat. "Kita dah terlambat."
Saffaraz tidak berkata apa-apa. Matanya tajam memerhati mayat tersebut. Terdapat dua kesan tembakan di perut, dan satu lagi di bahagian dada tepat mengenai jantung.
Mayat itu adalah Tarmizi, suspek utama mereka.
"Jam berapa dia meninggal?" Soal Saffaraz, nadanya datar tetapi penuh dengan tekanan.
"Lebih kurang jam dua pagi," jawab Wendy. "Ada seorang lelaki buat panggilan jam enam pagi. Katanya dia terjumpa mayat ni dalam kebun miliknya."
Hud mengeluh, menyandarkan badannya ke dinding. "Orang yang kita buru dah selangkah ke depan."
Wendy mengangguk perlahan. "Dan masa I keluarkan peluru dari badan mangsa, I stunned. Peluru ni tak pernah I jumpa sepanjang handle kes."
Dia menyerahkan beg zip yang mengandungi peluru itu kepada Saffaraz.
Saffaraz memerhatikannya. Peluru itu kelihatan asing. "Macam peluru..."
"Buatan sendiri," Hud memotong, menyambung kata-kata Saffaraz.
"I akan suruh orang I siasat dari mana datangnya peluru ni." Saffaraz mengangkat beg zip itu.
"Sure, I memang simpan untuk you," jawab Wendy, menyerahkan peluru itu tanpa ragu.
"You dah telefon family arwah?" tanya Saffaraz lagi.
"I dah call wife dia," balas Wendy, wajahnya sedikit muram.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Боевик📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
