"Good morning, Meen," ucap Elrah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam butik.
Meen yang sedang duduk bersarapan di pantry hampir tersedak, sudu dalam genggaman hampir jatuh ke dalam pinggan nasi lemak. Matanya membulat memandang bosnya dengan kehairanan.
"Bos... bukan ke sepatutnya tengah cuti kahwin?"
Elrah mencapai mug di rak, mengoyakkan paket hot chocolate sebelum menuang serbuk koko ke dalamnya. Wap panas naik ke udara sebaik air mendidih memenuhi mug hingga hampir penuh. Dengan gerakan perlahan, dia mengacau minuman itu, bunyi dentingan sudu berlaga dengan dinding cawan mengisi ruang pantry.
"Memang sepatutnya I cuti, tapi husband I kerja. Daripada duduk saja dekat rumah, baik I datang sini." Elrah menarik kerusi di sebelah Meen dan melabuhkan punggungnya. Dia mencicip perlahan air panas itu, menikmati kehangatan coklat di tekaknya.
"Ohh... yang lain dah tahu ke bos kerja hari ni?" Meen menyuap nasi lemak, matanya masih memandang Elrah dengan hairan.
Elrah menggeleng. "Hari ni I ada meeting ke?"
Meen yang sudah hafal jadual harian bosnya turut menggeleng. "Tak ada sebab I dah tulis dalam buku yang hari ni bos cuti." Dia memang sudah mengosongkan jadual Elrah sepanjang minggu supaya tiada gangguan sepanjang cuti perkahwinan wanita itu.
"Kalau macam tu, I nak tengok progress untuk fashion week nanti. Lepas lunch, I tak masuk."
Meen mengangguk. "Baik, bos."
Mereka berbual seketika sebelum akhirnya masing-masing beralih ke ruang kerja. Elrah memerhati beberapa design yang sudah disiapkan, matanya tertumpu pada satu lakaran yang kelihatan terlalu padat dengan perincian.
"No, I tak suka kalau you design macam ni. Nampak serabut. This is not a heavy design, this is a mess. You betulkan balik." Nada tegasnya membuatkan pereka tersebut segera mengambil kembali iPad di atas meja untuk memperbaiki hasil kerja.
Elrah menekan interkom. "Neeta, masuk bilik I."
Tak sampai seminit, pintu diketuk sebelum tubuh Neeta muncul di hadapan meja. "Ya, bos?"
"Kenapa dengan Terrance tu? I tengok dia macam ada masalah."
Neeta terkebil-kebil seketika sebelum menggaru kepalanya. "I pun tak tahu, boss. Tapi lately ni I perasan dia selalu termenung. Kadang-kadang lain yang I suruh buat, lain yang dia hantar pada I."
Elrah berpeluk tubuh, dahinya sedikit berkerut. "You tak ada tanya dia?"
Neeta menggeleng. "Belum sempat lagi, bos. Kami semua busy nak siapkan design."
"Kalau macam tu tak apa la. Esok atau bila-bila nanti, I ajak dia berbincang." Elrah tahu Terrance seorang pereka yang teliti. Ini kali pertama dia melakukan kesilapan, dan itu cukup untuk menimbulkan tanda tanya.
"Baik, bos. Lepas lunch Meen kata bos tak masuk?"
Elrah mengangguk. "Haah. I nak pergi kedai Tasha, dah lama tak jumpa kucing-kucing dekat sana."
Neeta tersenyum kecil. Bosnya memang sukakan kucing, tapi bila dia cadangkan untuk Elrah bela sendiri, wanita itu menolak. Katanya menyusahkan, kena bersihkan pasir, bagi makan. Elrah bukan jenis yang suka menyusahkan diri sendiri.
"Okey, bos. Kalau tak ada apa-apa, I keluar dulu."
Elrah mengangguk, memberi izin.
Elrah tiba di IPD tepat jam 12:05 tengah hari. Kaca mata hitam bertenggek di wajahnya, melindungi mata daripada pancaran terik matahari yang seakan berada betul-betul di atas kepala. Dia mencapai beg tangan dan melangkah masuk ke dalam bangunan dengan penuh keyakinan.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
