Denniz tiba di rumah Brian tepat jam 11.35 malam. Dia turun dari Grab dan memandang sekeliling terlebih dahulu. Bukan kerana takut, tapi langkah berjaga-jaga. Dia tahu orang Red Cobra sedang mencarinya dan dia tak boleh biarkan mereka jejaki pergerakannya malam ini.
Di hadapan pintu, Saffaraz sudah menunggu, badannya bersandar santai dengan tangan bersilang di dada.
"Dah lama kau tunggu?" Denniz menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Sejak kau mesej Hud kata dah sampai. Tak lama pun." Saffaraz menyambut tangan Denniz.
"Yang lain mana?" soal Denniz ketika mereka berjalan masuk ke dalam.
"Dekat bawah."
"Bawah?" Dahi Denniz berkerut sedikit. Rumah dua tingkat tapi ada 'bawah'?
Saffaraz sekadar memberi isyarat agar mengikutinya. Mereka menaiki tangga yang kelihatan biasa, namun di satu anak tangga yang luas, Saffaraz menolak alas kaki ke tepi, lalu menekan bahagian lantai tertentu dengan kakinya.
Klik.
Satu ruang rahsia terbuka,menampakkan tangga yang membawa ke bahagian bawah.
"Jom," ujar Saffaraz, menuruni tangga terlebih dahulu.
Denniz menurut tanpa banyak soal. Di hujung tangga, terdapat sebuah ruang seperti bilik mesyuarat rahsia. Sebuah meja panjang berdiri teguh di tengah, dikelilingi kerusi. Lampu kekuningan menggantung rendah, melemparkan bayang-bayang samar ke dinding konkrit.
Beberapa lelaki sudah berada di sana. Hud, Keane, Lee, Ansh. Mereka semua menoleh saat Saffaraz duduk di hadapan Hud.
Tinggal satu kerusi yang masih kosong, di hujung meja. Seolah-olah khas untuk seseorang yang akan memberi mereka arahan.
Denniz melangkah dan duduk di kerusi itu. Semua mata kini tertumpu padanya. Walaupun dia pernah duduk dalam banyak situasi begini, kali ini berbeza. Di hadapannya bukan lagi Red Cobra, tetapi musuh mereka. Dan kali ini, dialah mastermind-nya.
"Sebelum kita mula, akan ada seorang lagi yang join kita," suara Denniz tenang menyampaikan berita. "Kawan lama aku. Dia polis. Unit VAT 69."
Hampir serentak semua wajah ternganga.
VAT 69 bukan unit biasa. Mereka dihantar hanya untuk misi khas, sulit dan berisiko tinggi.
"Tapi malam ni dia tak join. Nanti dia akan bersama kita dalam misi."
"Kiranya kau ni anggota PDRM?" Keane bertanya, masih ragu. Sebab setahunya, Iden pernah kata Denniz bukan anggota polis.
"Bukan." Denniz menggeleng perlahan. "Aku ada firma sendiri. Syarikat perisikan. Kami banyak bekerjasama dengan pihak polis. Sebab itu bila orang tanya aku polis atau tak, aku angguk je. Sebab aku banyak habiskan masa aku dengan mereka."
Mulut mereka semakin terbuka luas.
"Tapi kenapa kau tak pernah bagi polis maklumat tentang Red Cobra? Maksud aku dari dulu lagi." Hud bertanya dengan penuh serius.
"Dulu masa tak sesuai, kiri kanan aku ada orang Red Cobra. Aku kena dapatkan kepercayaan Drake dulu untuk aku jatuhkan dia."
Saffaraz bersandar sedikit ke kerusi. "Sebelum kita teruskan, aku rasa kami berhak tahu siapa sebenarnya kau. Aku hormat kalau kau tak nak tunjuk muka sebenar kau, tapi sekurang-kurangnya, kau patut perkenalkan diri."
Yang lain mengangguk bersetuju. Ansh juga bersuara. "Betul tu. Sekurang-kurangnya kami tahu dengan siapa kami bekerjasama."
Denniz menghela nafas panjang. Bahunya sedikit jatuh, nada suaranya perlahan. "Nama sebenar aku... bukan Denniz."
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
