• A S L A N • 4️⃣

2K 100 9
                                        

"Aku tahu kau nak membebel dekat aku," Elrah menarik nafas dalam, cuba menyiapkan dirinya.

"Okay, shoot." Dia sudah bersedia untuk menadah telinga.

Natasha memandangnya dengan mata yang tajam. "Aku dah pesan, kan? Kalau nak ke mana-mana, tunggu aku! Kenapa kau degil sangat, Elrah?" suaranya tersekat di hujung, menggambarkan betapa seriusnya perasaan itu. "Kau tahu tak macam mana aku rasa bila aunty  call, cakap kau kena tembak? Jantung aku macam nak berhenti, tahu tak!"

Selepas mendengar berita itu, tak tunggu lama, dia terus pinjam kereta Meen, memandangkan Danial sudah pulang ke tempat kerja.

"Aku selamat, kau sendiri tengok." Dia mengangkat tangan yang berbalut perlahan, cuba memujuk. "Sekarang aku okey."

"Nasib baik polis cepat sampai," Natasha mengeluh sambil melorot duduk ke kerusi, jemarinya menggenggam fabrik yang dipakai. "Kalau tak, aku sendiri tak tahu macam mana aku nak maafkan diri aku kalau sesuatu terjadi pada kau."

Elrah terdiam. Kata-kata Natasha membuatkan memorinya tergiang kembali. Dia teringat detik cemas tadi, dia diselamatkan oleh seseorang. "Tasha, siapa yang teman aku naik ambulans?" soalnya perlahan, cuba menyusun semula ingatannya.

Natasha mengangkat bahu, lalu tersenyum kecil, sedikit nakal. "Ada seorang polis. Handsome, kau tahu? Kalau aku bukan tunang orang, dah lama aku mengurat dia."

"Jangan harap, tu aku punya," kata Elrah pantas, dengan mata bersinar, langsung tak malu.

Natasha ketawa, menggeleng kepala. "Suka hati kau je nak cop orang. Entah-entah dia dah ada girlfriend, tunang, atau silap-silap... suami orang."

Elrah menjuih bibir, merenung sahabatnya. "Tak apa. Nanti aku tanya ayah." Senyumannya tiba-tiba berubah, seolah-olah menyimpan rancangan.

Natasha menjeling. "Ishh... Creepy betul lah aku tengok kau senyum tu," dia menekup mulut Elrah dengan tangannya yang berbau haruman losyen.

Elrah menolak tangan itu perlahan. "Kau ni, apa yang menakutkannya? Aku senyum je."

"Masalahnya, senyum kau tu penuh muslihat. Kau jangan nak jadi perosak rumah tangga orang kalau abang polis tu dah kahwin. Berdosa, tahu tak?" Natasha mengingatkan, tidak mahu sahabatnya menjadi orang ketiga.

Ish, Natasha ni kan!

"Jahat sangat ke aku ni sampai kau boleh fikir sejauh tu?" Elrah mendengus kecil. "Aku cuma fikir, kalau dia single, boleh aku mula rancangan ambil hati bakal suami." Dia menggosok-gosok tangan, seperti sedang bersiap untuk memulakan langkah besar.

Natasha mengeluh sambil menggeleng kepala, namun ada senyuman di bibirnya. "Suka hati kau la, Elrah. Haih... aku nak abang polis, kau pun nak." Dia duduk memeluk pinggang Elrah, tak berani memeluk bahu yang masih sakit.

"Okey lah tu," kata Elrah, matanya sudah jauh berkhayal. "Kalau husband kita sama-sama polis, boleh kita duduk sama-sama. Jadi jiran lagi."

Natasha menepuk dahi. "Kau ni memang tak ada ubah, kan? Dapat pun belum, tapi dah berangan sampai langit ke tujuh."

Elrah tersengih, dia pasti akan dapatkan lelaki itu.












Superintenden Aminuddin memandu masuk ke kawasan ibu pejabat, tangannya menggenggam erat stereng. Selepas melawat Elrah di hospital sebentar tadi, dia menghantar isterinya pulang dan mengambil keputusan untuk kembali semula ke IPD.

Kereta Honda Accord hitam itu berhenti di tempat letak kereta khas di bawah bumbung. Sebaik mematikan enjin, dia menarik nafas panjang, meleraikan sedikit ketegangan sebelum keluar dari kenderaan. Kereta itu, hadiah dari Elrah dan isterinya setahun yang lalu, sungguh dia menghargai pemberian kedua-dua wanita kesayangannya. Oleh kerana itu, kereta ini sentiasa dijaga rapi, dua minggu sekali akan dihantar ke carwash.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang