I'll protect whats mine
"itu mereka" Hud menghalakan jari telunjuk ke depan. Kelibat Drake dan beberapa orang anak buahnya meninggalkan pasar gelap tersebut.
Sebaik sahaja kereta musuh bergerak, mereka perlahan lahan mengikutinya dari belakang
"pasang earpiece" arah Denniz yang sedang memandu
"lion, kitaorang dah gerak" suara Keane mula kedengaran
"bagus follow belakang kereta kami tapi jangan rapat" pesan Saffaraz.
Jarak mereka dengan kereta Drake juga di jauhkan semaksimum mungkin supaya musuh tidak menyedari kehadiran mereka.
"kau dah buat apa yang aku suruh?" dalam pada masa yang sama Drake menyoal anak buahnya
"dah boss" Drake mengangguk seraya melihat cermin sisi kereta, dia perasan kereta yang mengekorinya sejak di pasar gelap tadi
"kau ingat aku bodoh Denniz, bawa laju sikit" arahnya
"baik boss" lelaki itu menekan pedal minyak.
Denniz perasan jarak antara kereta mereka dan Drake sudah semakin jauh, dia menambah kelajuan
"aku syak Drake dah tahu kita ikut dia" Saffaraz dan Hud memandang Denniz
"kau biar betul" Hud seakan akan tak percaya
"kau tengok dia tengah main main, sekejap kereta dia laju, sekejap perlahan" Denniz mula tak sedap hati. Dia ingin menekan brake untuk memperlahankan kenderaan namun pedal brake tidak berfungsi
"Drake dah tahu kita tengah ekori dia, pedal brake tak berfungsi, kita kena sabotaj" Denniz sudah mula cuak, kakinya sudah beberapa kali menekan brake namun tidak berjaya
"kau jangan panik Denniz, kau tarik nafas. Pandu macam biasa. Aku dengan Haraz akan cari jalan penyelesaian" Denniz menggeleng
"dah tak sempat, lagi 1 kilometer akan ada sungai dekat depan" Denniz memberi isyarat mata pada Saffaraz dan lelaki itu mengerti.
Hud perasan namun dia tidak dapat menangkap maksud mereka, dia terkejut Saffaraz tiba tiba berpindah ke belakang
"Hud, kau dengar sini" Hud mula tak senang duduk
"kau tahu kan yang Natasha tengah mengandung" Hud mengangguk polos
"kau mesti nak jumpa isteri kau, sambut anak korang berdua sama sama" Hud faham apa yang Saffaraz ingin katakan
"wooo...sekejap Haraz, aku tahu apa kau nak cakap tapi aku takkan balik tanpa kau, aku nak jawab apa dengan Elrah" Hud meminggikan suara, dia takkan pulang sendiri. Dia hanya akan pulang bersama Saffaraz
"kalau di antara kita ada yang perlu berkorban kau tahu aku orangnya sebab dari dulu hidup kau tak pernah bahagia Saffaraz, aku nampak bila Elrah hadir dalam hidup kau, kau mula tersenyum" Hud memujuk Saffaraz
"aku dah bagitahu yang aku akan berkorban, aku yang wakilkan diri aku masa perbincangan haritu" Saffaraz dah lupa gamaknya, dia yang mewakilkan dirinya sendiri
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Action📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
